Resipi Nasi Daging Kurma Adabi, Menu Jimat Masa, Tumis Dan Biar Sampai Masak Je!

Share

Resipi yang mudah dan ringkas sememangnya amat membantu kita ketika musim PKP ini. Mana tidaknya, dengan hanya menyediakan menu mudah dapatlah menjimatkan masa masa untuk fokus kepada kelas online anak dan kerja-kerja lain dirumah.

Bukan sekadar jimat, masa bahkan bonus sebab masak nasi terlebih sedap untuk keluarga. Wajib cuba resipi yang dikongsikan oleh Superdaddy, Khairul Abdullah ini.


Kurma Daging Adabi dalam tin tu barang rare wehh. Payah kemain nak jumpa kat kedai. Barang sedap, gitulah. So bila dah jumpa maka kita kena masak special sikit bagi kat dia.

Jom kita buat Nasi Daging Kurma Adabi “One Pot Meal” yang mudah yakmat ni.

Bahan-bahan yang perlu ada:
1 Tin Kurma Daging Adabi. https://shp.ee/dvjcatg
2 Pot beras biasa atau basmathi. Kalau basmathi kau rendam dulu 30 minit dan toskan.
½ biji bawang besar dikisar/dihiris pun boleh
3 ulas bawang putih dikisar/dihiris pun boleh
1 inci halia dikisar/dihiris pun boleh
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandai disimpul (dia pandai sebab pergi sekolah)
1 batang karot (optional) dan dipotong baji.
1 biji tomato (optional) belah 4
½ biji bawang besar belah dua
2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak, ikut suka

1. Panaskan minyak sapi/butter/minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga daun pandan sampai naik bau.

2. Masukkan 1 tin kurma daging adabi dan kacau sebati, lalu masukkan karot dan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam.

3. Masukkan beras, kacau pelan-pelan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air.

4. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Sikit jer tau like setengah kuku jer. Then masaklah seperti biasa. Kalau guna periuk letrik maka kau tekan ON.

Kalau pakai periuk biasa maka masak pada api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak.

5. Siapppp.

Hidangkan dengan lauk lain jugak sebab dalam tin tu ada like 2-3 ketul jer daging dengn kentang. So aku ni mujur budak-budak suka telur rebus. So settle.

Ada nasi sedap, ada lauk dan ada sayur sekali. Tak sampai 30 minit dah siap. Cepat yakmat dan tak perlu tunggu lama.

Menarik: Resipi Mee Sanggul Goreng Basah Berlemoih, Simple Tapi Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM