Sesekali, menu ringkas seperti nasi goreng buat sajian sekeluarga terasa cukup bermakna. Nasi goreng yang sentiasa menjadi kesukaan anak-anak perlu dipelbagaikan.
Bosan dengan nasi goreng pedas, apa kata kali ini kita tambahkan khasiat dalam nasi goreng dengan Nasi Goreng Kerabu yang sememangnya cukup wangi dan sedap. Nak buat pun senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nurul Ateekah.
Nasi goreng yang penuh dengan aroma wangi dan menyelerakan. Makan bersama telur mata dan sambal belacan.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi (diperoi)
Udang
2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dikatok)
1 batang cili hijau (dihiris)
1 batang serai dihiris
1 kuntum Bunga Kantan (dihiris)
3 helai daun limau purut (dihiris)
Petai
2 batang kacang panjang (dipotong)
2-3 biji telur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih ½ sudu kecil
Sos ikan 2-3 sudu besar
Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian pecahkan telur masak sehingga masak.
Minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
Kemudian masukkan udang, serbuk lada putih dan goreng sehingga masak.
Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai.
Masukkan serbuk perasa, garam, nasi ikan bilis dan telur. Gaul rata.
Akhir sekali, masukkan SOS ikan dan goreng sehingga sedikit berasap.
Siap dihidang!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)