Resipi Nasi Goreng Sardin Pecah Telur. Makan Panas-Panas, Sepinggan Tak Cukup!

Share

Ada lebihan nasi, apa kata buat nasi goreng. Ni antara salah satu menu mudah dan cepat untuk sediakan. Kena dengan selera, lagi makan bertambah seisi keluarga. Kadang tumis bawang, pecah telur pun dah sedap sangat.

Cuma untuk resipi kali ni, special sikit sebab menggunakan sardin yang dalam tin untuk dijadikan lauk asas dalam penyediaan nasi goreng. Biasa sardin pilihan utama adalah sambal sardin atau sandwich.

Tapi bila anda mencuba resipi nasi goreng sardin ini mesti tak menyesal. Sedap dan kena dengan selera. Tak percaya cubalah buat untuk hidangan ahli keluarga anda. Ini resipi yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad

Resipi Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan:

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Cili api (ikut kepedasan yang dimahukan)
  • Sardin
  • Telur
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • 1 sudu cili kisar

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk bawang, cili api dan ikan bilis

2. Nak senang masukkan dulu garam siap-siap

3. Goreng terlebih dulu ikan sardin yang dikeluarkan dari dalam tin

4. Ikan digoreng sedikit garing dan hancurkan untuk dicampurkan dalam nasi

 

5. Tumis hingga naik bau bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan cili kisar.

6. Masukkan isi ikan sardin dan gaul sebati dalam bahan tumisan

7. Selepas tu masukkan telur, gaul rata dan boleh lah masukkan nasi

8. Nak gelapkan sikit warna nasi, boleh letak kicap manis

9. Tuang je kicap ikut citarasa sendiri. Nak nampak gelap letaklah lebih

10. Masukkan sayur, gaul rata hingga betul-betul layu

11. Bila dah gaul sebati bolehlah dihidangkan

Dah tau resipi sedap ni, mesti cuba buat. Makan pula panas-panas, tak cukup sepinggan. Anak dan suami mesti puji!

Kredit ResipiTengku RosElyza Raja Muhammad

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy