Teknik kepalan nasi selalunya dapatlah buka mata anak. Lain rupa dan bentuk buat anak jadi lagi tertarik nak makan. Apa kata kali ini kita cuba hasilkan nasi kepal yang digoreng. Nak tambah khasiat lagi tambahkanlah sayur-sayuran dan protein. Lengkap!
Jom intai resipi comel dan hebat yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini. Ringkas tapi sedap!
NASI KEPAL GORENG VERSI BABY
Bahan Bahan :
2 cawan nasi
1 biji lobak merah diparut
Sayur sawi -apa apa sayuran hijau pun boleh
Isi ayam -ikan secukupnya
1 sb serbuk ayam – serbuk ikan bilis
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk lada putih
1 biji telur
Bahan Lain :
Serbuk roti
Telur
Minyak untuk menggoreng
Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.
Ambil sedikit adunan tersebut dan kepalkan menjadi bulat. Ulang sehingga habis .
Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dikacau sebati dan golekkan pula ke dalam serbuk roti.
Sementara itu panaskan minyak. Gorengkan adunan sehingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Siap, sedia dihidang.
Menarik: Pizza Cup Guna Roti Keping, Mudah Sangat, Campur Semua bahan, Masuk Je Air Fryer!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)