Bosan dengan nasi putih dan lauk pauk, apa kata kita hidangkan juadah isterimewa buat anak-anak dan suami di bulan puasa ini. Nasi Mandy antara resipi yang wajib dicuba sebagai hidangan berbuka.
Perkongsian resipi Pn Nurul Ateekah ini mama wajib cuba. Lengkap dengan langkah demi langkah dan senang untuk diikuti. Pasti menjadi!
Seperti yang saya janjikan, resipi Nasi Mandy saya setiap kali tempahan. Tak ada terkurang atau terlebih. Apa yang saya buat pada customer saya, macam tu saya akan bagi resepinya. Selamat mencuba!
Saya sediakan step by step sampai akhir) Kalau tak tahu caranya, boleh tengok di setiap gambar, dari rempah, nasi, ayam, kambing, sos@sayur salata.
Rempah Nasi Mandy/Kabsah
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar kayu manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar buah pelaga
1 sudu kecil bunga cengkih
1 biji limau kering
1 biji buah pala kering /nutmeg
1 helai daun salam/bayleaves
1 sudu kecil serbuk kunyit
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali (tanpa minyak) sangaikan dengan api perlahan selama 10 minit dan sehingga naik bau.
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam tempat pengisar kering/atau blender kering. Kisar sehingga halus.
Simpan ke dalam tempat yang bertutup.
Bahan Nasi Mandy
4 pot beras basmati
1½ pot air x 4 air rebusan kambing/air biasa
Kambing atau ayam
Minyak sapi 3 sudu besar
Rempah nasi Mandy 1½ sudu besar
Bawang besar 1 biji (dipotong dadu@dihiris)
Cili hijau 2@3 batang
Bawang putih 10 ulas
Bayleaves/daun salam 1@2 keping
Limau kering 1 biji
Kayu manis 1 batang
Bunga cengkih 2 biji
Buah pelaga 2 biji
Akar daun ketumbar (2 pokok)
1 kiub ayam@daging
Daun ketumbar -hiasan
Kismis -hiasan
Bawang goreng -hiasan
Kacang gajus/badam -hiasan
1. Rendam beras Basmati selama 20-30 minit. Toskan.
2. Sediakan kuali atau periuk besar.
3) Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering, daun salam, cili hijau, bawang putih, bawang merah, kiub ayam@daging dan rempah. Masak sehingga naik bau.
5) Masukkan beras dan air mengikut sukatan yang betul dalam rice cooker.
6) Perasakan dengan garam jika perlu.
7) Masukkan daging kambing yang dimasak sekali dengan kuahnya (pastikan kambingnya empuk)
***Jika menggunakan ayam, ayamnya perlu dibakar, tidak perlu di masak bersama kuah.
8) Tekan butang periuk nasi dan biarkan ianya masak sempurna.
9) Selepas 10 minit nasi sudah masak, lubangkan kepada 4 bahagian, masukkan pewarna oren@kuning(agak-agak), biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasinya tidak patah.
Baca: https: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
10. Sediakan aluminium foil dan letakkan minyak ke dalamnya dan masukkan arang yang telah di bakar tadi. (Bakar diatas api dapur), tutup periuk nasi biarkan ianya diasap selama 5-10 minit.
11) Taburkan kacang, kismis, daun ketumbar dan bawang goreng, angkat nasi dan sedia untuk dihidang.
Untuk Perapan Ayam
1 ekor ayam
1 sudu besar rempak Mandy
1 sudu besar serbuk cili
½ atau hujung sudu kecil pewarna oren atau kuning
Sedikit garam
Serbuk perasa
1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas, ratakan kesemuanya dan sapukan kepada ayam.(sapu rata dan biarkan ianya paling kurang 1@2 jam.
2) Panaskan oven, bakar pada suhu 220c.(25-40 minit)
3) Apabila ayam sudah masak, minyak ayam jangan dibuang, taburkan pada nasi yang telah dimasak di dalam rice cooker(jika mahu).
Resipi Kuah Sup
1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang cili hijau
1 sudu kecil rempah Mandy
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
1) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan semua bahan lain dan perasakan. Boleh letak kentang atau lobak merah (jika mahu).
Sos Salata
Bahan-bahan:
4 biji besar tomato
5 biji cili hijau
2 ulas bawang putih
2 sudu besar daun Ketumbar (dihiris)
1 sudu besar jus lemon
5@6 sudu besar air masak (jika perlu)
Kisar semua bahan sehingga hancur, letak kedalam mangkuk, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Resipi Nasi Arab Mudah, Tak Guna Rempah Yang Dijual Pun, 27K Perkongsian, Memang Padu!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)