Baru memasuki Syawal ke-5, juadah raya pastinya masih tersedia buat anak-anak dan suami. Bukan untuk dihidangkan kepada tetamu tetapi untuk sekeluarga.

Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah terasa tidak lengkap jika tidak dihidangkan kepada keluarga setiap kali raya menjelma. Resipi perkongsian Razzi Hajemi ini wajib cuba. Senang!


Salam 4 Syawal semua. Nasi Tomato mudah dan sedap.

Bahan-bahan:
7 cup beras Basmathi
2 sudu besar minyak sapi Ghee
1 sudu mentega
Rempah sekawan
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tin kecil tomato puri
1 pot beras susu cair
Tomato -dihiris
Kismis
Garam dan gula secukup rasa

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Tepat, Memang Power!

Panaskan periuk, masukkan minyak masak, 2 sudu ghee, 1 sudu mentega. Masukkan juga rempah 4 sekawan. Goreng sehingga naik bau.

Masukkan 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang telah dipotong nipis. Goreng sehingga kekuningan.

Ads

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Tepat, Memang Power!

Masukkan 1 tin kecil tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Goreng sehingga mendidih, kemudian masukkan susu cair 1 cup beras.

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Tepat, Memang Power!

Dah mendidih masukkan tomato yang telah dipotong dan kismis.

Ads

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Tepat, Memang Power!

Kemudian masukkan beras basmathi yang telah direbus 80% masak. Saya guna 7 cup beras basmathi.

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Tepat, Memang Power!

Last sekali letakkan bawang goreng dan ghee. Biarkan 5-10 minit dengan api yang kecil. Kemudian gaul rata dan tutup api.

Ads

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Tepat, Memang Power!

Biar 10-15 minit. Siap sedia untuk dihidang.

Makan dengan ayam masak merah memang cun!

Razzi Hajemi
Next round kita masak ayam masak merah.

Menarik: Resipi Gerenti Jadi, Nasi Tomato Ayam Masak Merah & Acar Jelatah Pagi Raya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI