Nuget ayam homemade kini menjadi pilihan ramai ibu moden yang mementingkan pemakanan sihat dalam keluarga. Ramai kanak-kanak gemar makan snek seperti nuget ayam, tetapi nuget yang dibeli di luar selalunya mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan dan kandungan lemak yang tinggi. Bila buat sendiri di rumah, ibu boleh kawal jumlah garam, minyak serta abaikan penggunaan MSG. Hasilnya bukan sahaja lebih sihat, malah lebih jimat dan sedap!
Selain mudah disediakan, nuget ayam homemade juga sesuai dijadikan stok makanan untuk anak-anak. Anda boleh simpan dalam peti beku dan panaskan bila perlu — sangat praktikal untuk ibu yang sibuk bekerja. Yang penting, anda tahu setiap bahan yang digunakan adalah segar dan selamat untuk si manja.
🍗 Bahan-Bahan Nuget Ayam Homemade
Bahan Nuget:
4 keping isi dada ayam (kisar halus)
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (optional)
1 sudu teh lada sulah
3 sudu makan tepung gandum (boleh gantikan dengan serbuk roti jika mahu)
Sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa)
Sedikit garam
Ads
Bahan Salut:
Telur (dipukul)
Serbuk roti (breadcrumbs)
👩🍳 Cara Membuat Nuget Ayam Homemade
Satukan isi ayam, telur, bawang putih, bawang besar dan lada sulah. Kisar hingga halus dan sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, kemudian tambah tepung gandum, minyak dan sedikit garam. Gaul rata hingga adunan lembut.
Kukus adunan hingga setengah masak, kemudian bentukkan mengikut cita rasa — boleh bentuk empat segi, bulat atau bentuk comel supaya anak lebih tertarik.
Jika suka rasa lemak berkeju, boleh tambah keju mozarella dalam adunan ayam tadi.
Untuk menyalut nuget, celupkan dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti hingga rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan serta garing di luar.
Untuk versi tempura, ganti serbuk roti dengan tepung goreng ayam yang dibancuh bersama air dan telur. Celup nuget ke dalam bancuhan ini dan goreng hingga keemasan.
Ads
🌟 Tip Ibu Bijak Untuk Nuget Ayam Homemade
Untuk versi lebih sihat, boleh masak dalam air fryer atau bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Tambah sayur seperti lobak merah, bayam atau brokoli kisar ke dalam adunan untuk menambah khasiat.
Simpan nuget siap salut di dalam bekas kedap udara dan bekukan. Bila nak guna, goreng atau bakar terus tanpa perlu nyahbeku.
Kasih Sayang Dalam Setiap Nuget Ayam Homemade
Nuget ayam homemade bukan sekadar snek, tapi simbol kasih sayang ibu yang mahu anak membesar dengan sihat. Bila anak makan makanan yang ibu buat sendiri, bukan saja lebih berkhasiat, malah selamat daripada bahan kimia tersembunyi.
Ads
Jom cuba resipi mudah ini, pasti anak-anak makan dengan penuh selera dan ibu pun tenang hati!
Pengalaman anak yang cerewet makan memang betul-betul buat ibu buntu. Sampai satu tahap tak tahu dah nak buat macam mana dan akhirnya biarkan je anak tu nak makan apa walaupun tahu mungkin anak akan kekurangan zat untuk membesar.
Bagi seorang ibu ini, Puan Yatie Eimra pengalamannya berdepan dengan masalah anak yang sangat cerewet makan bermula usia 6 bulan hingga 2 tahun lebih benar-benar menguji kesabarannya.
Namun bila memikirkan anak, dia cuba juga cari penyelesaian hingga berjaya membuka selera si kecilnya.
Berikut antara perkongsiannya
Bila sebut tentang menu anak.. Saya pernah lalui masa yang sangat sukar dan sangat menguji kesabaran.. Dak Fydh ni susah sangat nak makan sejak dari 6 bulan hingga 2 tahun++. Sebenarnya masa umur 1½ tahun, dia dah mula nak makan, tapi bila masuk 2 tahun, citarasa dah berubah. Makanan yang dia suka makan sebelum ni pun dia tak nak. Ada juga makanan yang dia tak suka masa kecil, tapi bila dah 2 tahun boleh pula makan. Memang rasa letih sangat sebab start balik episod tak nak makan, ludah & muntahkan makanan.. Ada juga hari-hari yang anak langsung tak nak makan. Dalam seminggu, kiranya 3-4 kali je dia makan. Kalau makan sekalipun, paling banyak dia hanya makan 2-3 sudu kecil je nasi. Dahlah makan sikit, diludah dan dimuntahkannya pula hampir setiap kali makan.
Buat buku panduan menu anak
Anak cerewet makan ni, bukan setakat kena pelbagaikan tekstur makanan tapi kena pelbagaikan menu. Macam-macam menu lauk pauk & kudapan saya olah ikut keserasian anak. Walaupun anak hanya makan snek/kudapan je awal-awal dulu, tapi akhirnya dah mula nak makan nasi. Nak tackle anak untuk makan ni, kena ikut selera anak.
Macam Fydh dulu sukakan snek/kuih yang ada rasa manis, saya buat resipi kudapan sihat & tambah madu/kurma/kismis untuk dapatkan rasa manis buah.. Bila anak terbiasa makan (walaupun snek/kudapan sihat), lama dia sendiri timbul rasa nak makan/nak cuba makan nasi.. Alhamdulillah, sekarang ni dah 3½ tahun, dah banyak perubahan walaupun ada masa tertentu anak makan sikit je (sebab tak kena citarasa). Tapi bila betul berselera, dia sendiri akan minta tambah & boleh habiskan hingga ¾ cawan nasi. Sikit sebanyak, rasa berbaloi juga usaha saya selama ni..
Nak pastikan anak makan pun bukannya mudah.
?ada masa kena makan sambil bercerita & bawa mainan fav dia kat meja makan
?ada masa kena buat macam² helah (sorok nasi dalam nugget, potong halus-halus & sorok sayur)
?ada masanya makan sambil main kejar²/main sorok².
?biarkan anak makan bersama kawan sebaya/sepupu. Bila anak tengok kawan² makan, lama² dia pun nak belajar makan gak.
?kadang² bawa bekal anak & makan kat taman/kat luar untuk tukar suasana baru. (Sebab suasana yang berbeza ni boleh mempengaruhi mood. Bukan setakat anak kurang stres, tapi mak² pun dapat release tension gak )
Mak yang ada anak cerewet makan kena tahu ye, masa makan boleh jadi masa yang sangat stres bagi anak ni sebab dia ‘terpaksa’ makan.. Sebab ada masa kita terpaksa train aka paksa jugak anak makan. Anak yang terlalu bergantung pada susu botol misalnya, kena kurangkan pemberian susu. Kena keraskan hati bila anak merengek nak susu & biarkan anak berlapar kejap supaya anak akan makan jugak walaupun sikit (cara ni saya buat diatas saranan doc pediatrik).
Ada mak yang pernah tanya saya, macam mana saya boleh terus sabar & masak sedangkan anak tetap tak makan/makan sikit. Saya akui memang stres sangat bila anak tak nak makan ni. Percaya atau tak, awal-awal dulu saya pernah hampir mengalami depressi sebabkan masalah anak cerewet makan ni. Bayangkanlah kita tahu anak lapar sampaikan perut berbunyi tapi anak masih jugak tak nak makan. Setiap hari masak 2-3 menu, bila masak ada yang anak jamah 2-3 sudu kecil, yang terus ludah pun ada.
Brokoli goreng tepung antara kesukaan Fydh
Usahkan makanan yang dimasak, kfc, roti & biskut sekalipun, semuanya makan 2-3 suap je. Dahlah makan sikit, diludah sampai termuntah pula tu. Awal-awal dulu saya memang malu nak bawa anak makan (bawa bekal) kat luar walaupun kat rumah neneknya & saudara-mara sebab anak akan ludahkan makanan sampai termuntah.
Pernah jugak saya buang semua 3-4 jenis lauk & kudapan yang anak tak nak tu sebab dah terlampau stres. Memang tertekan sangat sebab rasa gagal jalankan tanggungjawab seorang ibu – nak bagi anak makan pun saya tak mampu. Macam-macam menu dah masak, usaha dah buat untuk pastikan anak makan, tapi anak tetap susah nak makan. Lagi tension bila tengok anak orang lain makan dengan berselera & bertambah.
Bertambah stres, sebab saya juga pernah disindir & diperlekeh oleh orang yang lebih tua kononnya saya tak reti bagi makan anak, tak reti suap anak sebab tu anak muntah.. Masa tu hampir seminggu gak saya jadi down, menangis setiap kali bangun pagi sebab buntu nak masak apa lagi & tiap hari marah & jerit kat anak time makan.. Bila dia ludah, saya sumbat je makanan dalam mulut macam cite mak-mak tiri tu.. Masa tu tak kira dah anak menangis ke apa sebab dah stres sangat.. Maafkan ummi sayang.
Tapi alhamdulillah, Allah cepat sedarkan saya & beri saya kekuatan balik. Puncanya, ramai mak-mak yang pm sendiri & ucapkan terima kasih atas perkongsian beberapa resipi sebelum ni. Ada yang cerita anak dah mula nak makan sikit, ada juga anak yang suka resipi kudapan.
Tak kurang juga yang mendoakan anak saya. Saya mula terfikir, walaupun anak sendiri susah nak makan, tapi sekurangnya saya dapat bantu mak lain yang alami masalah anak susah makan. InsyaAllah kalau saya terus berusaha, lambat laun pasti anak akan makan jugak nanti. Mungkin inilah hikmahnya.. Kalau saya tak diuji camni, dah tentu saya pun tak kan share resipi untuk anak cerewet makan ni.
Sejak dari tu saya kuatkan semangat & berazam nak berusaha pelbagaikan lagi menu disamping boleh share dengan mak yang senasib. Selain usaha, kena banyakkan berdoa & sebolehnya elak dari terus stres.
Berbaloi dengan usaha yang dilakukan dan sekarang dah suka makan
STRESS – STOP – START AGAIN
Ni personal tip dari saya untuk mak-mak kurangkan stres. Apa yang saya buat bila dah masak macam-macam menu & dah cuba pelbagai cara tapi anak langsung tak nak makan – saya akan berhenti masak untuk sehari untuk elakkan lebih stres (overload stress).. Masa tu saya cuba berikan roti/biskut atau belikan makanan luar (lepas anak masuk 2 tahun) untuk alas perut.. Sekurang²nya anak tak terlalu bergantung pada susu. Esoknya baru masak balik.
Kalau stres berterusan, boleh jadi fedup nak masak untuk anak lagi. Ramai juga mak yang saya jumpa (masa temujanji dengan pakar pemakanan dulu) jadi macam tu & biarkan je anak tak nak makan walaupun dah masuk 4-5 tahun. Alhamdulillah bila saya buat camtu (stop bila stres), tahap stres pun terkawal. Barulah bersemangat balik nak masak lagi walaupun setiap hari pasti ada cabaran berbeza
Pesan saya, mak-mak jangan berhenti berusaha cari menu yang anak serasi. Bila anak makin membesar, citarasa pun akan berubah sebab dah ada personal preferences (macam orang dewasa gak ada yang suka makan durian, ada yang tak suka makan petai, etc). Makanan yang anak tak suka dulu, kena cuba bagi balik.
Boleh jadi anak tetap tak nak makan, tapi boleh jadi gak anak suka bila dah makin besar ni. Kalau boleh buat list/senarai menu yang anak suka makan untuk mudahkan mak sediakan/rotate menu.
Bila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, mamalah orang yang paling sibuk. Mana tidaknya, kenalah fikirkan apa menu gabungan untuk anak. Bubur nasi untuk anak antara yang sukar untuk disediakan. Bukan apa, ia perlu mengambil sedikit masa untuk disediakan.
Bagi menjimatkan masa dan menyediakan bubur nasi paling pantas, mama boleh cuba cara yang disediakan oleh ibu Nor Hidayah Musa. Paling menarik bukan hanya pantas malah cara dia menggabungkan kesemuanya sekali memang menarik. Tak perlu tambah apa-apa, hanya biarkan dimasak sahaja. Pantas!
Jom ikuti caranya.
Bubur bayi sepantas kilat. Ibu senang anak gembira. Senangnya nak masak makanan bayi. 15-20 minit saja ibu-ibu tak payah tunggu berjam-jam tau.
Cara:
1) Basuh beras segenggam tangan
2) Potong hancur isi ayam/ikan
3) Potong sayur-sayur pilihan ibu
4) Masukkan sekali semua dalam periuk
P/s : Buat malam tau. Sebelum tidur tu ke. Boleh buat.
Masukkan air sehingga tutup sayur sahaja. Dah siap basuh semua. Masukkan dalam tempat frozen. Tutup periuk kemas-kemas.
Yang ni belum masak tau. Bahan mentah je ni (nasik, sayur, ayam). Buat malam, esok pagi terus masak je.
Taraaa. Yang ni dah siap. Tak payah nak tambah air 2-3 kali. Cukup sekali je. Sayur, ayam pun lembut.
Kredit: Nor Hidayah Musa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayur-sayuran sememangnya merupakan musuh kepada seorang kanak-kanak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan diri mereka selamat daripada dipaksa ibu bapa untuk memakannya. Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan kerana sayur-sayuran adalah jenis makanan bernutrisi yang wajib ada dalam menu kanak-kanak.
Memaksa kanak-kanak untuk makan sayur bukanlah satu langkah yang bijak. Sebenarnya, terdapat beberapa trik atau tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengajar si kecil kesayangan mereka untuk makan sayur-sayuran.
#1. Puji anak anda apabila mereka makan sayur
Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak sebenarnya hanyalah sokongan dan galakan daripada ibu bapa. Jadikan aktiviti makan sayur seperti sebuah pertandingan dan jika mereka berjaya, puji mereka. Namun jika tidak, jangan pula anda berkecil hati atau memarahinya. Sudah menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik segenap aspek kehidupan anak.
#2. Pelbagaikan cara masakan
Kadangkala, kanak-kanak mungkin sudah bosan dengan cara masakan anda. Seperti contoh, mereka mungkin tidak menggemari sup sayur-sayuran yang anda selalu sajikan. Sebaliknya, anda boleh cuba cara masakan lain seperti memanggang atau menggoreng sayur-sayuran bagi mempelbagaikan menu sayur-sayuran mereka.
#3. Libatkan anak anda
Anda boleh melibatkan anak anda untuk membantu semasa membeli, menyedia dan memasak sayur-sayuran. Beri peluang kepada mereka untuk memilih jenis sayur yang mereka suka dan terangkan apa khasiatnya kepada mereka. Semasa menyedia dan memasak pula, pelawa anak anda untuk membantu anda di dapur bagi membiasakan diri mereka dengan sayur-sayuran.
#4. Campurkan sayur ke dalam makanan
Trik ini adalah cara yang paling berkesan dalam memperdaya anak untuk makan sayur. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencampurkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam makanan anak. Sebagai contoh, selitkan sayur timun dan kubis ke dalam burger dan biarkan anak anda memakannya. Lama-kelamaan, mereka akan terbiasa dengannya.
#5. Jadikan sayur sebagai snek
Kanak-kanak amat lemah dan mudah terpedaya dengan snek. Anda boleh menggunakan kelemahan mereka ini sebagai senjata anda. Jadikan sayur-sayuran sebagai ganti kepada makanan ringan yang selalu dijadikan snek oleh anak anda. Ketika mereka berasa lapar, tawarkan kepada mereka snek ciptaan terbaru anda.
Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil di dalam sebuah bekas. Hias bekas ini dengan warna, corak yang boleh menarik minat anak anda. Anda boleh meletakkan sayur seperti lobak, timun, tomato atau brokoli dan mencampurkan kesemuanya di dalam satu bekas agar ia kelihatan menarik.
#6. Jadikan sayur-sayuran sebagai jus atau koktel
Jika anak anda memang tidak menyukai sayur dalam bentuk pepejal, jadikan ia sebagai bentuk cecair. Sebagai contoh, kisar timun, lobak atau tomato untuk menjadikan sayur-sayuran ini sebagai jus. Cara ini akan membuat mereka tertarik kerana lebih mudah untuk mereka menelannya selain warna-warna jus sayur-sayuran yang sangat menarik dan pelbagai.
#7. Jadi kreatif
Kanak-kanak sangat mudah terpedaya dengan sesuatu makanan yang kelihatan menarik. Anda boleh memotong sayur-sayuran menjadi bentuk yang comel dan mudah untuk dimakan seperti kiub atau batang mancis. Selain itu, anda juga boleh hiaskan pinggan makan dengan cantik dan hidangkan sayur-sayuran yang pelbagai warna kepada anak anda.
#8. Jadi contoh yang baik
Anak-anak gemar mencontohi sikap ibu bapa mereka. Jika anda adalah seorang pengamal diet yang sihat, kemungkinan besar anak anda juga akan mewarisi sikap anda. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, anda juga perlu memainkan peranan dengan makan sayur di hadapan dan bersama-sama dengan mereka.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.