
Isi Kandungan
ToggleResipi nuget nasi homemade sesuai untuk anak-anak yang susah makan nasi. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget tapi kali ini kita olah jadi makanan yang sihat. Jika tengok anak jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi nuget nasi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali ini pasti membuka selera anak-anak yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran.
RESIPI NUGET NASI HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Nasi putih
Isi ayam
Lobak merah
Lada putih
Garam pink himalaya secukup rasa
Sedikit bawang putih
Sedikit daun sup
Mewah Dengan Khasiat Ayam & Sayur, Anak-anak Mesti Suka
Cara membuat:
Kisar bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.
Bahan untuk salut
Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai. Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong. Selepas bentukkan celup nuget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.
Selepas dicelup telur, golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.
Selepas digoreng. Macam nuget yang biasa dibeli di luar. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.
Lepas ini, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Sumber: Widyana Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah Dan Fresh, Resipi Baby Cookies Untuk Bayi Yang Mula Tumbuh Gigi

Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari (Finger Food) seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas. Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri. Tanda-tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri.
Ibu-ibu pasti gembira tengok anak berselera bila tiba waktu makan kan? Jadi untuk memastikan makanan yang anak kita dapat sentiasa segar dan bersih, apa kata mama-mama cuba resipi di bawah. Mudah dan sangat comel.
Resipi Baby Cookies (Teething Biscuit first attempt)
Bahan-bahan
1/2 buku Unsalted Butter
2 cawan Gandum (Unbleached Flour)
2 sudu Tepung Jagung
Puri Kurma (ikut kemanisan)
Cara Penyediaan
– Pukul Unsalted butter sampai kembang
– Masukkan puri kurma
– Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
– Uli sampai doh tak melekat di tangan dan bentuklah mengikut cita rasa
– Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit sampai keperangan
Acuan bentuk Teddy Bear boleh dapatkan di Daiso. Alhamdulillah, anak suka!
Sumber: Facebook Izzaty Azhar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Campuran Bahan ‘Special’, Nasi Ayam Untuk Bayi Versi Paling Mudah, Patutlah Sedap!

Nasi ayam sememangnya menu wajib untuk anak-anak kita. Selain sup, gabungan ayam serta ulam-ulaman seperti timun dan salad menambah nutrisi pada anak. Malah sambalnya kicap dan sambal yang kurang pedas juga membuatkan anak selesa untuk makan bertambah. Inilah yang menjadikan resipi yang satu ini menjadi kesukaan anak-anak kita.
Resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak bahkan juga untuk bayi. Malah untungnya turut dimasukkan bahan istimewa yang selamat tetapi menambahkan lagi rasa sedap. Jom kita cuba!
NASI AYAM MUDAH VERSI BABY
Bahan A :
Ayam secukupnya
Halia dihiris nipis
Bawang putih
Sup bunjut
Serbuk ayam
Air secukupnya
Bahan B :
Minyak bijan
Puree kurma / madu ( 1 tahun ke atas )
Bahan Lain :
Minyak untuk menggoreng
Untuk Nasi :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sedikit serbuk kunyit
Beras secukupnya
Air rebusan ayam
Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan ke semua Bahan A yang lain. Rebus ayam separuh masak , angkat dan toskan.Asingkan air rebusan ayam untuk bahagian nasi.
Untuk bahagian sup, campurkan air rebusan ayam tadi bersama bawang goreng dan juga daun sup jika ada. Ketepikan seketika.
Gaulkan ayam bersama Bahan B sehingga sebati. Perapkan 15 minit dan toskan. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
Untuk membuat nasinya pula, tumiskan bawang putih, bawang merah dan juga halia sehingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit dan juga beras.
Tumis seketika. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya dan masak nasi seperti biasa. Siap, nasi ayam sedia dihidang.
Selamat mencuba!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!
#kitakansama #MalaysiaPrihatin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 23K Shares, Ni Resipi 5 Jenis Sambal Power Cikgu Afy. Makan Nasi Panas-Panas, Padu!

Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah.
Sebab itu, kebanyakan ibu-ibu lebih suka buat stok sambal siap-siap dan diletakkan dalam peti. Bila nak makan boleh terus dihidangkan. Kali ini koleksi sambal power Cikgu Afy patut anda cuba. Orang kata tak akan menyesal sama sekali!
Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti. Ada lima sambal kesemuanya. Resepi ada dekat gambar di bawah.
- Sambal belacan menyengat
Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Betul-betul sedap!
2. Sambal kicap mabeless
Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
3. Sambal ayam penyet mengosek
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
4. Air asam ketagih
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Yang pasti memang ketagih sungguh.
5. Sambal jantan power
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata. Sedar-sedar dah licin tinggal botol je. Kan?
Semoga bermanfaat buat semua.
#resepicikguafy
Kredit: Cikgu Afy AL Habibi via MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI