Salah satu menu yang menjadi kegemaran kebanyakan kanak-kanak adalah nasi ayam. Resipinya juga ada pelbagai versi. Rasa sedap, nak buat pun tidaklah sesusah mana. Melalui perkongsian di laman Facebook, Khairul Abdullah atau superdaddy berkongsi resipi nasi ayam yang selalu dia sediakan untuk anak-anak.
Jom, tengok caranya!
“Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama samada aku order nasi dari Chicken Rice Shop atau kedua, aku buat sendiri nasi ayam bodo yang supersedap. Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat.
Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.”
Dua pilihan ayam, stail Hainan atau digoreng
Bahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:
1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis.
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara nak masak dia:
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang kau tak berapa gemar tu kau rebus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
Tumiskan segala bahan tumisan sehingga keperang-perangan
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang kau dah potong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
Ads
Masukkan beras pilihanTambahkan air rebusan ayam
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas tu elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Nasi elok berderai, bau harum semerbak!
Ayam tu kalau jenis tak suka ayam putih moist gitu, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara nak buat sambal:
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Ads
Cara nak buat kicap:
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati.
Siapp.
Cedok nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.
Popis atau popia pisang adalah makanan yang berasal dari negara seberang, Indonesia. Mereka menjadikan ia sebagai menu bersahur seisi keluarga. Kebiasaanya hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti kulit popia, pisang segar dan coklat.
Tapi mama boleh olah supaya sesuai untuk anak kecil mama. Kalau nak tahu resipi jom ikuti perkongsian ini.
POPIS COKLAT VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
Kulit popia
Pisang secukupnya ( dibelah dua )
Minyak untuk menggoreng
Untuk Coklat:
1/3 cawan susu penuh krim
1 sb mentega tanpa garam
1 sk tepung jagung
2 sb serbuk koko
3 sb puri kurma Fawwaz The Little Kitchen ( AN_babyfood )
Mula mula, sediakan bahan bahan untuk coklat. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat. Coklat ini juga boleh dijadikan sebagai sapuan coklat dan coklat cip. Kemudian biarkan sejuk sebelum digunakan
Untuk membuat popis coklat , ambil sekeping kulit popia , letakkan pisang dan tuangkan sesudu adunan coklat di atas pisang tadi. Lipatkan popia dengan kemas
Sapukan sedikit air pada bahagian hujung kulit popia agar tidak terbuka ketika digoreng. Ulang proses sehingga selesai. Panaskan minyak, gorengkan popia menggunakan api sederhana besar sehingga garing. Angkat dan toskan. Hiasan popia dengan bahan topping. Siap , selamat mencuba !
FB : Farisha Sofea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dato Aliff Syukri memang terkenal dengan aksi-aksi yang mencuit hati. Tapi di sebalik minatnya berniaga, Abang Kosmetik juga sangat suka memasak. Banyak video-video masakan yang dikongsi oleh beliau di Instagramnya. Tak lokek betul Aliff Syukri berkongsi resipi.
Minatnya memasak mungkin dari bondanya yang suka memasak makanan kampung, iaitu Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi.
Kali ini mungkin berbeza sedikit, kerana Aliff Syukri masak lauk berpantang untuk isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan Yusoff Al-Qardawi.
Beruntung Datin Shahida kerana suami masakkan lauk dalam pantang. Ikuti perkongsian di Instagram Dato Aliff Syukri
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Asam Keping
Garam
Ikan Tongkol
Lada hitam
Cili Padi
Cara Penyediaan Tumbuk manja lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan serai dan lengkuas dan tumbuk lagi tapi jangan terlalu kuat.
Masukan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi air.
Masukan garam secukup rasa kemudian masukan asam keping dan ikan tongkol.
Dah nak siap masukkan lada hitam dan cili padi. Siap untuk dihidang.
Menurut Aliff Syukri, resepi ini elok untuk ibu berpantang dan sesiapa yang nak diet. Masakan ini ringkas dan sedap. Masakan ini khas untuk isteri tercintanya supaya Shahida sentiasa cantik.
Namun rata-rata netizen tidak setuju Aliff Syukri menggunakan Ikan tongkol dalam masakannya untuk isteri kerana ikan tongkol boleh menyebabkan gatal-gatal.
Orang berpantang tak boleh makan ikan tongkol Dato walapun bersalin normal
Ikan tongkol tak boleh makan Dato, tapi ikan tenggiri boleh
Cara masakan bagus untuk orang berpantang, cuma ikan tak sesuai
Walaupun cara Dato mungkin salah, tapi usaha dia untuk masak makanan untuk isteri patut dipuji. Cuma Dato perlu berhati-hati dalam memilih bahan untuk masakan berpantang.
Cara Dato layan keluarga memang patut dicontohi
Untuk yang berpantang, resipi tersebut boleh diguna pakai. Cuma anda dinasihatkan untuk mengubahsuai beberapa bahan dalam masakan tersebut. Anda boleh menukar ikan tongkol dengan ikan tenggiri. Gunakan ikan yang sesuai untuk ibu berpantang. Asam keping dan cili padi jika tidak sesuai, tak perlu tambah ke dalam masakan pantang.
Siapa yang dah cuba resipi viral untuk PKP 3.0 ni. Resipinya ringkas je tapi sebab dimakan sejuk-sejuk itu yang laju. Bagi yang nak tahu cara membuat puding lockdown tiga bahan ni, resipi lengkap disediakan untuk anda.
Perkongsian resipi Nur Ida ni boleh dicuba kerana tak banyak step pun untuk menyediakannya.
Puding Lockdown namanya. Saya dah buat. Tapi guna air kotak kecil tu. Untuk penyejuk tekak. Air kotak ikut suka ya nak perisa apa pun. Saya beli dekat Petronas, senang boleh pilih satu-satu mana suka. Terliur tengok Isaac Osman makan dekat youtube sebenarnya tu yang ikut buat. Resepi kat bawah yer.
Kredit gambar: Nur Ida
WARNING: Disebabkan saya ada terima makluman yang sahabat kita ada yang bantu check dengan Public Health Malaysia untuk bertanya adakah selamat penggunaan bekas air kotak dimasukkan adunan untuk membuat puding, oleh itu disarankan semua menggunakan bekas yang selamat dan memastikan adunan dibiarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam bekas. Terima kasih untuk keprihatinan anda.
Resepi 3 bahan:
250ml air kotak (ikut suka ya nak perisa apa)
2 sudu besar gula (boleh cut/kurangkan)
1 sudu teh serbuk agar-agar (Clear)
Cara-cara:
1) Potong bahagian atas air kotak/sediakan bekas
2) Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar-agar. Kacau sebentar.
3) Panaskan atas api kecil
4) Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak/bekas
5) Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais
Kredit gambar: Aida Rahman
– Bila puding dah keras, siap sedia untuk dimakan
– Boleh potong ikut suka dan makan sejuk-sejuk. Anak-anak tengok ni mesti mereka pun seronok.
Tip tambahan:
*1 paket serbuk agar-agar saya dapat buat 4 kotak puding
*Air kotak boleh guna yang isi 200-250ml
Kredit gambar: Nurul Nuyuna
*My personal review, paling sedap dekat bawah ni puding yang Kurma Farm Fresh Milk. Rasa lembut je, yang lain kureng. Mungkin ikut atas air kotak tu juga dan jangan buat terlalu keras. Apa pun saja-saja nak merasa apa salahnya kan.
Ingat ya makan apa pun semua mesti berpada-pada ya untuk kesihatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.