Salah satu menu yang menjadi kegemaran kebanyakan kanak-kanak adalah nasi ayam. Resipinya juga ada pelbagai versi. Rasa sedap, nak buat pun tidaklah sesusah mana. Melalui perkongsian di laman Facebook, Khairul Abdullah atau superdaddy berkongsi resipi nasi ayam yang selalu dia sediakan untuk anak-anak.
Jom, tengok caranya!
“Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama samada aku order nasi dari Chicken Rice Shop atau kedua, aku buat sendiri nasi ayam bodo yang supersedap. Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat.
Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.”
Bahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:
1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis.
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara nak masak dia:
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang kau tak berapa gemar tu kau rebus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang kau dah potong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas tu elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Ayam tu kalau jenis tak suka ayam putih moist gitu, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Baca Juga:
Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap!
Buat Sendiri Serbuk Cendawan, Tambah Rasa Dalam Masakan. Sedap!
Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah. ‘Confirm’ Berebut Makan Satu Keluarga!
Cara nak buat sambal:
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara nak buat kicap:
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati.
Siapp.
Cedok nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.
Yummehhh. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
#superdaddy
#nasiayamhainan
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)