Lumrah sudah bergelar ibu, tentu sahaja saiz dan berat badan mengalami perbezaan. Justeru semangat untuk menurunkan berat badan menjadi agenda utama ramai ibu-ibu.
Menyediakan makanan diet yang sedap tapi berkhasiat menjadi keutamaan geng mak-mak.
Antara menu sihat yang popular dan mudah disediakan oleh para ibu yang sibuk adalah ‘Overnight Oat’ atau oat direndam semalaman.
Resipi ini sesuai dijadikan menu sarapan yang sihat dan berkhasiat apatah lagi jika ibu menyusukan anak sudah tentu bahan utama oat membantu menjadi milkbooster.
Kalau ibu-ibu sudah bosan dengan cara biasa penyediaan oat ala resipi mat salleh apa kata cuba pula versi cita rasa Melayu yang dikongsi oleh Siti Hazneza Abdul Hamid dalam Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN).
Peminat labu tentu sahaja tak melepaskan peluang untuk mencuba resipi ringkas ini.
Resipi Overnight Oat Labu
Untuk buat rendaman oat, saya cuma ambil tiga empat ketul labu (~½ cawan)
Tambah 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan secubit serbuk buah pala. Untuk rempah-ratus pai labu yang lebih tepat, tambah secubit serbuk bunga cengkih (saya tiada, jadi tidak bubuh)
Bahan-bahan:
½ cawan labu lecek yang ditambah serbuk kulit kayu manis dan buah pala
⅓ cawan yoghurt perisa asli
⅔ cawan susu
2 sudu makan flaxseed
1 cawan oat
Ads
Bahan-bahan boleh terus digaul rata dan dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan atau dibina selapis-selapis seperti gambar berikutnya
Buat lapisan bermula dengan bahan basah. Saya mulakan dengan susu
Tambahkan yoghurt.
Untuk sekali lagi, saya tidak akan letak yoghurt supaya rasa pai labu lebih menyerlah
Tambah puri pai labu
Ads
Tambah bahan kering: oats
Flaxseed
Tambah madu, gula perang, kurma atau kismis
Ulang oats, puri pai labu, susu dan yoghurt.
Tabur kuaci labu untuk bahan rangup
Ads
Ideanya adalah agar oat rendaman berlapis-lapis seperti parfait.
Kedua-dua balang sudah sedia untuk ‘tidur’ dalam peti ais bahagian sejuk.
Tip Masak Labu
Belah labu jadi dadu besar-besar dan kukus dengan kulitnya supaya mudah diurus kemudian.
Labu yang telah dikukus sehingga empuk bolehlah dibuang kulitnya dan dikisar supaya menjadi puri yang halus dan lembut.
Tidak perlu tambah air.
Bahagi-bahagikan mengikut kesesuaian untuk disimpan dalam bahagian beku (untuk simpanan jangka panjang) atau bahagian sejuk sahaja (untuk digunakan dalam masa seminggu).
Jika hendak buat donat atau keria (kuih gelang), biarkan sejuk ke suhu bilik dahulu sebelum dilecek dan ditambah tepung.
Jika hendak gunakan untuk goreng tempura, kukus sekadar separuh empuk supaya boleh dihiris dan dicelup tepung tempura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Pancing Selera Anak Nak Makan
Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Intinya pula kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu. Mesti anak-anak tertarik dengan warna kuih ketayap yang menarik ini.
RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Comelkan popia sosej bentuk perahu, resipi mudah untuk anak- anak sebagai kudapan. Mesti makan sampai licin. Bentuk yang kreatif dapat tarik minat anak untuk makan bagi anak mereka yang kurang atau tiada selera makan. Boleh buat bekal ke sekolah juga. Mesti sukarkan untuk para ibu untuk pikat selera anak.
Selalunya, apa- apa makanan yang rangup atau berkaitan dengan sosej jarang anak menolak untuk makan. Biasa kita dengar kanak- kanak suka makan sosej. Jadi, ibu perlu bijak dan kreatif untuk olah sosej menjadi makanan yang dapat menarik minat anak. Jom lihat resepi yang dikongsikan oleh negeri seberang.
Resepi ini dikongsikan oleh Sunita Sabtu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI POPIA SOSEJ PERAHU
Goreng- goreng macam ni anak- anak suka la. Guna kulit popia dan inti sosej.
Saya dah edit ya resepi dan cara betul.
Bahan- bahan: – 6 batang sosej keju (potong dadu) – 1 biji telur (dipukul) – 1 ulas bawang putih (ditumbuk) – Cili besar merah (potong kecil) – 4-5 sudu besar tepung gandum – 100ml air rebusan ayam atau air kosong – Daun bawang (potong kecil) – Serbuk lada putih – Garam secukupnya – Kulit dumpling secukupnya – Minyak untuk menggoreng
Cara- cara: 1. Masukkan sosej ke dalam telur yang telah dipukul dan semua bahan. 2. Kacau rata dan ketepikan. 3. Ambik kulit dumpling potong dua. Buat keratan kecil pada bahagian atas dan bawah dan bentukkan ia seperti perahu (cara seperti gambar di bawah). Lekatkan dengan air kosong. 4. Selesai sediakan perahu, tuangkan adunan sosej ke dalamnya. 5. Panaskan minyak dan goreng secara terendam. 6. Goreng sehingga warna keemasan atau masak. Angkat dan toskan minyaknya. 7. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan, sedap pun ya tau! Bukan anak sahaja suka, seisi keluarga pun mesti suka. Boleh guna sosej biasa kalau tiada sosej keju. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Memang favourite si kembar Hayyan dan Zayyan makan sup ayam dan sayur walaupun setiap hari menu yang sama. Sheera isteri kepada Pelawak, Fad Bocey berkongsi resipi dan masakanya di instagram suaminya.
Manakala menu untuk si kecil Aminah pula, Sheera menyediakan bubur bayam, ayam dan labu. Ikuti perkongsian resipi beliau di instagramnya.
Sup fav Hayyan Zayyan. Hari-hari memang sup. Bubur aminah harini bayam, ayam dengan labu.
Fad dan Sheera dikurniakan 3 cahaya mata, 2 kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 3 tahun dan seorang perempuan, Aminah, 1 tahun.
Rata-rata netizen turut terliur melihat masakan Sheera. Ada juga yang sempat bertanya cara memasak sup tersebut. Tambah netizen lagi, sup ini juga boleh membantu ibu-ibu untuk kurus.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.