Resipi Pancake Susu Tanpa Telur Untuk Anak Baru Belajar Makan, Comelnya Saiz!

Share

Pancake antara makan mudah sedia yang sesuai kita sediakan untuk anak yang baru belajar makan. Buatkanlah saiz kecil dan comel seperti yang disediakan oleh Elise Joseph.

Paling penting saiznya kena comel, sesuai untuk anak pegang. Nak lebih khasiat lagi, tambahkan susu segar dan susu tepung anak. Barulah makin tinggi khasiat. Jom cuba!


Bite size pancakes (tanpa telur) untuk sarapan teruna kecil yang baru nak belajar makan.

I cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
5 scoop susu (formula milk) anak
1 sudu besar butter cair atau kalau takda, minyak masak pun boleh.
Air secukupnya (elok lagi kalau susu segar)

Kacau semua sekali. Lepas tu sudu kan ke atas kuali non stick.

Adunan jangan cair sangat supaya bentuk bulat cantik bila dah masuk kuali.

Tapi jangan likat sangat kang keras pulak pancake nya.

Oh..maaflah saiz tak sama besar. Main scoop je nak cepat tadi.

Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM