Kurma dianggap sebagai ‘power bar’ yang mempunyai pelbagai khasiat. Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera.
Memandangkan bulan puasa ini kurma antara yang menjadi pilihan, mama boleh menjadikannya sebagai minuman seisi keluarga untuk sahur bagi mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa.
Susu kurma antara salah satu alternatif hidangan yang mudah dan sesuai untuk diminum waktu bersahur lagi-lagi buat anak kecil yang berpuasa.
Bagi memudahkan ibu membuat penyediaan susu kurma ini, berikut dikongsikan cara untuk membuat pati kurma idea Fa Phong melalui MAHN.
Nak share resepi pati kurma sesuai untuk minum masa sahur, gerenti bertenaga esoknya.
1 kotak kurma, pilih yang jenis lembut (saya beli kurma rotab memang lembut biji pun kecik je)
Ads
Asingkan biji kurma amek isi je. Kukus 20 minit.
Blend/ food processor sampai jadi paste (saya tak campur air. Tip nak paste kurma tahan lama)
Masuk dalam botol, nak simpan peti ais.
Ads
Bila nak guna 1 cawan susu + 1 sudu pati kurma. Menu sahur 5minit siap!
Menu ni sesuai untuk orang dewasa, anak-anak muda serta anak-anak yang baru nak belajar puasa pun sesuai sangat bagi minum air susu kurma ni.
Jadi untuk mama yang nak ajar anak mula puasa pun, tengah mengandung dan menyusu anak, ini antara salah satu pilihan bagi memastikan badan terus bertenaga di siang hari. Sedap dan mudah!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca yang tidak menentu sekarang, kadang-kadang panas terik membuatkan tekak rasa tidak selesa dan inginkan sesuatu yang sejuk. Dr Syahr berkongsi resipi aiskrim buah yang menyihatkan dan boleh dijadikan aktiviti menarik bersama anak-anak.
Cuaca panas sekarang, jadi saya nak kongsi satu lagi resepi #BuatSendiriAiskrimRingkas saya. Yang penting aiskrim ini MENYIHATKAN!!!!
Bahan-bahan mudah:
a) Limau (nipis/kasturi/lemon)
b) Madu
c) Air masak
d) Buah-buahan
Langkah 1: Dalam jag berisi air kosong, masukkan madu dan perahan limau secukup rasa. Kacau biar madu larut dalam air. Saya guna campuran limau nipis dan limau kasturi, secukup rasa, supaya air/aiskrim nanti rasa masam manis yang best.
Langkah 2: Masukkan buah kesukaan kita ke dalam bekas aiskrim. Tak perlu susun pun, masukkan saja. Campurlah buah apa pun tak apa. Saya guna kiwi dan strawberi saja (buah ini saja ada dalam peti sejuk rumah, saya buat malam selepas balik kerja).
Kalau tak nak guna icecream mould, boleh guna plastik aiskrim pun menarik juga. Jadi aiskrim Malaysia kan…
Jadikan aktiviti bersama anak-anak: Ibu ayah potong buah, anak-anak tolong susun/letak buah.
Langkah 3: Masukkan air madu limau ke dalam bekas aiskrim kita. Sejuk bekukan semalaman.
Siang (esoknya), lepas anak-anak balik sekolah, boleh makan! Besttttttttt…..
Anak-anak makan banyak pun kita sebagai ibu bapa tak risau sangat, sebab aiskrim yang menyihatkan. Bukan macam aiskrim yang dijual di kedai.
Cubalah
Buah tu boleh tukar kepada mangga, anggur, betik, pergggghhhh mesti best!
Anak-anak bila makanan berasaskan coklat, ia antara pilihan nombor satu. Kalau kek yang berasaskan coklat tu, sekejap boleh habis. Biasanya kek coklat moist antara jadi pilihan anak-anak.
Bagi resipi kali ni, mama boleh cuba buat resepi Premium Royal Thai Buttercake perisa coklat. Kek yang gebu, tak muak dijamin seisi keluarga suka. Tak percaya boleh cuba resepi dikongsikan Ummu Yusuf.
-mix butter, gula ising, gula halus & ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih
-kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap
-seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder +serbuk koko berselang seli dengan susu full cream + creamy esen vanilla, mix sekejap sampai sebati
-kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan, mix sekejap lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.
-Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing.-masing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena musim doyan ni, macam-macam lah menu boleh kita buat sambil beraksi di dapur tau. Contohnya buah durian yang mengkal sedikit, usahlah dibuang. Masih boleh dijadikan bahan asas masak cucur durian tau.
Bahan-bahan:
10 ulas isi Durian
2 cawan tepung jagung
4 sudu besar susu pekat
Garam, gula & air
Caranya:
1. Ambil ulas durian mengkal dan asingkan dalam besen
2. Kemudiam, tambahkan sedikit tepung jagung untuk rasa rangup crunchy, susu pekat untuk kasi pekat serta sedikit garam, gula dan air ke dalam ramuan itu.
3. Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan menjadi sedikit likat.
4. Panaskan minyak ke dalam kuali, kemudian tunggu sehingga minyak betul-betul panas
5. Titiskan bancuhan durian berbulat-bulat ke dalam kuali dan tunggu sehingga keras menguning jadi bentuk cucor bebola
6. Toskan cucor durian itu, kemudian jamu dan makan ngap sap sap sui. Sulam pulak dengan ayo teh panas, zapppppp habis licin.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.