Daun pegaga memberi banyak khasiat untuk para ibu berpantang. Daun pegaga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, melancarkan dan meningkatan pengeluaran susu badan, melancarkan peredaran darah dan banyak lagi khasiatnya.
Paling menarik, pegaga juga dapat membantu menjadikan wanita awet muda. Pasti semua tertanya apakah resipi yang sesuai untuk dimasak dengan menggunakan daun pegaga.
Daun pegaga ini merupakan ulam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dari dahulu lagi. Para ibu janganlah berasa amalan- amalan tradisional semasa berpantang itu menyusahkan dan ketinggalan zaman.
Jom kita lihat resipi mudah daun pegaga untuk ibu berpantang yang dikongsikan oleh kumpulan Facebook Resepi Makanan Pantang!
PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM
Bahan- bahan:
– 200gm daun pegaga
– 1/3 cawan santan pekat
– 1 sudu makan ikan bilis
– 2 ulas bawang putih dihiris
– 1 ulas bawang merah dihiris
– 1 batang serai dititik
– 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
– Gula dan dan garam secukupnya
Cara penyediaan:
1. Cuci daun pegaga dan ketepikan.
2. Panaskan santan bersama ½ cawan air.
3. Kemudian, masukkan bawang yang telah dihiris dan serai yang telah dititik.
4. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Kacau sebati.
5. Masukkan daun pegaga, kacau sebati dan perasakan garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan dihidang, dan sedia untuk dinikmati.
Baca Juga:
Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu berpantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
Mudah bukan resipi ini? Para ibu berpantang bolehlah mencuba resepi ini di rumah ataupun minta suami masakkan. Hidangkan dengan nasi panas, pasti berselera.
Nak menu lengkap bolehlah dimakan bersama ikan atau ayam bakar. Memang sedap! Selamat mencuba dan memberi manfaat buat ibu berpantang.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!