Pengat pisang antara sajian pencuci mulut yang sangat popular di kalangan masyarakat kita. Tidak kira peringkat usia, pengat pisang menjadi kesukaan ramai. Rasanya yang lemak-lemak manis memikat selera ramai peminat manisan atau pencuci mulut.
Ketika ada tetamu yang datang ke rumah, elok sangatlah jika dihidangkan pengat pisang. Bahan yang diperlukan pun tidaklah banyak. Cara membuatnya pun ringkas sahaja. Tak ada santan pun kita boleh masak pengat pisang.
Resipi Pengat Pisang Tak Perlu Guna Santan
BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu cair
5 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan air suam
7 biji pisang (potong bulat-bulat)
Anak Nak Makan Boleh Terus buat
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan susu cair, gula, garam dan air suam.
2. Hidupkan api. Biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan pisang. Tunggu mendidih. Matikan api.
*Boleh masukkan daun pandan untuk lebih wangi.
Selamat mencuba!
Kredit: Iedaa Jahaya melalui Rasa Share Resipi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Ayam Gunting Rangup & Sedap Untuk Anak Kat Rumah. Guna 3 Bahan Je Siap Untuk Di Hidang!
Anak-anak memang suka sangat makan ayam gunting yang banyak dijual di food truck. Memang happy mereka dapat makan ayam gunting. Yang pasti memang tak cukup satu.
Jadi lebih jimat untuk ibu buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tidaklah susah untuk didapatkan. Caranya juga mudah dan cepat untuk disediakan. Buat untuk minum petang anak-anak mesti tak sabar nak makan.
Ini resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni.
Memang mudah dan nampak sedap serta menyelerakan!
RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH
Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.
Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.
Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.
BAHAN-BAHAN
Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
– Basuh bersih dan potong nipis
Bahan perap
- 4 sudu sos tiram
- 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
- Sedikit perahan limau / lemon
– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam
Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.
Bahan saduran
- Tepung Bestaripedas / original (ikut suka)
- Tepung ubi / tepung beras
- Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)
Tambahan
- Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti
Kalau nak senang boleh terus beli bahan-bahan dari Sini
CARA-CARA MENYEDIAKAN
1. SALUTKAN AYAM DENGAN BAHAN SADURAN
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
2. GORENG MACAM BIASA
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
3. TABUR SERBUK CILI / LADA PUTIH
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.
MUDAH & JIMAT BUAT SENDIRI DEKAT RUMAH
Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Bob!
Tak payah susah-susah nak beli lagi, boleh buat sendiri kat rumah. Semua dapat makan puas-puas.
Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni.
Selamat mencuba!
sumber: Zaitun Abd Hamid (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 18K Share, Ini Cara Buat Sotong Celup Tepung. Ranggup Luar, Lembut Dalamnya!
Sotong goreng tepung memang sedap tetapi ramai yang hampa kerana hasilnya tidak menjadi. Biasanya tengok orang buat semua elok je dengan tepung yang ranggup dan melekat.
Namun apabila buat sendiri di rumah, hasilnya tak sama seperti yang diharapkan. Ada yang tepung tak melekat pada sotong, lembik dan bila goreng asyik meletup-letup pula.
Ok untuk anda yang ingin mendapatkan sotong goreng tepung ranggup diluar dan isinya masih lembut serta tak liat, ini cara yang dikongsikan Meens Yusoff. Semestinya anda akan berpuas hati. Nak tahu hasilnya, kena cuba ya!
Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki dan seeloknya buang kulit.
Boleh perap dulu sotong dengan tepung dan air dulu.
Kira-kira 10 minit perap dengan bancuhan tepung cair, masukkan sebiji telur.
Sediakan tepung kering untuk sesi celup yang seterusnya.
Boleh masukkan sotong dalam campuran tepung kering.
Tutup dulu bekas, dan goncangkan untuk bagi semua sotong sekata.
Ini hasilnya selepas digoncang dalam bekas tadi.
Goreng dalam minyak yang panas.
Ini hasilnya. Nak tahu macam mana sotong tu masak elok, agak-agak buih minyak dalam kuali dah kurang, bolehlah angkat dan toskan minyak dulu.
Nampak menarik kan.. Bolehlah makan dengan nasi atau macam tu je. Mesti kejap je licin.
Kredit: Meens Yusoff
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Pisang Coklat Lembap, Resipi Semudah ABC. Gaul Bahan & Bakar, Siap!
Kek pisang merupakan antara resipi yang paling asas dan sangat mudah untuk dibuat. Resipi ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan lain untuk gabungan rasa yang lebih mantap. Salah satunya dengan mencampurkan coklat ke dalam adunan kek.
Resipi ini dikongsikan oleh Nina Diana. Menurutnya, pemilik resipi asal untuk Kek Pisang Coklat Lembap yang dibuat ini adalah influencer Instagram, Khairul Aming. Tambah Nina lagi, kek ini menjadi kegemaran anak-anaknya sedangkan kek pisang yang biasa mereka kurang gemar.
Resipi Lain: [Buat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos. Guna Bancuhan Sama Je, Jimat Masa & Mudah. Biskut Pun Sedap!]
Ikuti perkongsian resipi yang menarik ini:
Kek Pisang Coklat Lembab
Saya share resepi dari Khairul Aming Rasapop
Tq brother!
Kali kedua buat. Anak2 memang suka. Kalau kek pisang biasa dorg tak layan.
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang (saya pakai 8 biji pisang kecik)
2 biji telur
2/3c gula perang
1sk baking soda
1sk baking powder
1sk esen vanila
1/3 blok butter dicairkan
secubit garam
1c tepung gandum
1/2c serbuk koko
1/2c coklat cincang (optional)
CARA MEMBUAT:
1. Lenyekkan pisang. Campur semua kecuali tepung, serbuk koko dan coklat cincang.
2. Gaul sebati. Masukkan tepung dan serbuk koko.
3. Masuk coklat cincang.
4. Gaulkan sebati.
5. Masak 180 deg lebih kurang 45 min. Guna loyang apa2 pun boleh.
Resipi Lain: [Resipi Puding Guna 3 Bahan. Tak Guna Tepung & Serbuk Agar-Agar Langsung!]
Kek pisang coklat lembap ini tidaklah begitu sukar untuk dibuat. Boleh juga dijadikan hidangan ketika menyambut Aidilfitri nanti. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI