Resipi Pengat Pisang Tak Perlu Guna Santan, Anak Nak Makan Boleh Terus buat

Share

Pengat pisang antara sajian pencuci mulut yang sangat popular di kalangan masyarakat kita. Tidak kira peringkat usia, pengat pisang menjadi kesukaan ramai. Rasanya yang lemak-lemak manis memikat selera ramai peminat manisan atau pencuci mulut.

Ketika ada tetamu yang datang ke rumah, elok sangatlah jika dihidangkan pengat pisang. Bahan yang diperlukan pun tidaklah banyak. Cara membuatnya pun ringkas sahaja. Tak ada santan pun kita boleh masak pengat pisang.

Resipi Pengat Pisang Tak Perlu Guna Santan

BAHAN-BAHAN

1/2 tin susu cair
5 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan air suam
7 biji pisang (potong bulat-bulat)

Anak Nak Makan Boleh Terus buat

CARA MEMBUAT

1. Dalam periuk, masukkan susu cair, gula, garam dan air suam.

2. Hidupkan api. Biarkan mendidih sebentar.

3. Masukkan pisang. Tunggu mendidih. Matikan api.

 

*Boleh masukkan daun pandan untuk lebih wangi.

Selamat mencuba!

Kredit: Iedaa Jahaya melalui Rasa Share Resipi

Published by
Has