Pepes Ayam merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat. Dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar menjadikanya seakan-akank otot-otot tetapi otot kebiasaannya dibuat hanya isi ikan dan kelapa parut. Lain pula dengan pepes kerana pepes ini boleh dibuat menggunakan isi ayam atau isi ikan.
Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri, ikuti resipi ini. Boleh buat untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!
Bahan-bahan;
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis
Bahan yang siap diblender
Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan.Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air.
Ayam yang telah dikisar
Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang 3×4 Inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
Hasil yang telah dibungkus.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.
Siap untuk dihidang.
kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru di potong dan dibakar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali dengar nama kuih raya batang baru. Ini kuih batang buruk alaf baru, yang lebih mudah dan menjimatkan masa sebab resipi yang dikongsikan oleh saudari MJ ini menggunakan kulit popia.
Gunting Kulit popia secara memanjang sebanyak mana yang boleh dan gulungkan di jari telunjuk. Kemaskan hujung gulungan popia dengan sapu air untuk lekatkan hujung kulit popia.
2. Goreng popia yang telah digulung tadi sehingga keperangan. Angkat, tapis minyak dan biarkan sejuk.
Ads
3. Dalam Mangkuk yang lain, masukkan 2 cawan tepung peas, 1 cawan susu tepung dan i cawan gula icing.
4. Celup dan salutkan popia tadi ke dalam adunan tepung sehingga rata keseluruhan popia.
Ads
Dah siap dah. Mudahkan cara nak buat kuih batang baru ni. Bila dah siap boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupannya. Sedap! Selamat mencuba.
Menyediakan menu berbakar seperti puding roti pastinya memerlukan ketuhar atau oven untuk membakar namun tidak pada resipi yang satu ini. Resipi perkongsian Puan Yayank DedeNk menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini memang unik. Puding roti untuk anaknya yang dibakar menggunakan kuali sahaja, tanpa ketuhar. Hasilnya memang menjadi malah nampak sedap.
Jadi pada ibu yang nak cuba berikan puding roti pada bayi dan anak kecil kita boleh cuba ikut cari yang dihasilkan oleh ibu ini. Tak payah susah-susah panaskan oven dan tunggu hingga masak, guna kuali pun boleh. Hasilnya tetap sama. Tak sampai 10 minit anak dah boleh makan. Memang terbaik!
Assalammualaikum and hi mommies. Hari ni kita nk share menu minum petang Ainul. Puding roti versi bakar guna kuali. Mummy malas nak keluarkan oven. Guna ni ja. Resepi dan cara ada pada setiap gambar ya.
Tatura cheese ikot selera banyak mana
Unsalted butter ikut rasa
Puri kurma yang di rendam air panas tu gaul dgn air panas lagi(in case malas nk blend) mami amik ganjil punya bilangan
Kismis ikut suka banyak mana
Roti gardenia 5 keping
Susu full cream ikut kesesuaian
Kejadian setelah di gaul semua bahan. Mami tambah oat masa ni. Tapi oat tu yang dah direbus lebihan malam tadi. Sayang nak buang so mami tapis dan masukkan dalam bahan ni.
Simpan dalam bekas macam ni nanti senang nak bakar. Ni hasilnya dapatlah 8 acuan.
Kuali legend mami. Pasang api sederhana kuat je. Lepas tu tutup dengan penutup.
Tak sampai 10 minit guys.
Inilah kejadiannya. Tapi dalam 10 minit dah masak baru mami snap gambar.
Hasil yang sedap. Untuk hidangan kami 3 beranak. Yang penting no sugar no salt. Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Puding roti memang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang lembut dan lebih enak dimakan sejuk-sejuk membuatkan anak turut menyukai menu pencuci mulut ini.
Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Assalamualaikum hangpa. tak sempat nak tunggu tengahari dah licin..
Puding Roti Coklat Milo
1 paket agar-agar serbuk..bahagi 2. Untuk lapis atas bawah ye..loyang 6 inci..nak guna acuan pun boleh
Dalam 1 bekas atau periuk, masuk:
1/2paket agar-agar serbuk
450ml air
5sdb susu pekat
70g coklat masakkan
Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.
Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika
Sediakan adunan milo. Blender semua bahan dibawah:
1/2paket agar-agar
2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
3sdb susu pekat
5sdb gula..kurang manis tambah je lagi
450ml susu cair atau susu segar
Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.
Tuang kedalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.
Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.
Kacau-kacau hingga adunan mencair
Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk
Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...