Bila cuti sekolah ni, berselera sungguh anak-anak makan. Ada saja permintaan untuk kita masakkan makanan kegemaran mereka. Setiap anak ada saja ragamnya kan? Biasanya anak-anak sukakan hidangan ringkas dan sedap seperti makanan western.
Si ibu akan sedaya upaya mencari resipi yang paling mudah tapi hasilnya sama sedap seperti yang biasa dimakan di luar. Suraidah Samsudin berkongsi cara mudah buat piza dengan hanya menggunakan pressure cooker.
Ikuti perkongsian ini;
Alhamdulillah 1st trial homemade pizza..
Mode steam, valve seal..
Boleh cuba ya kawan2…
Update, ramai yg nak resipi..
OK sy share ye, sukatan doh ni utk PC sy size 8L.. Sy xpasti yg size lain sma diameter ke x.. Klu beza pun mungkin sikit jelah kot… Byk sy try n error je.. Skill pizza mmg xdak n ni 1st attempt buat pizza.. 😂😂 Tapi as long seisi rumah kata sedap sy dh happy..
1cwn tepung gandum
1sudu kecil Yis kering
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air suam
1sudu besar extra virgin oil/minyak masak
Baca Juga:
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!
Spagetti sos
Cheddar cheese
Serbuk lada hitam
Nanas dlm tin
Mushroom dlm tin
Sosej
Bawang holland
Capsicum
Mozarella cheese
-Satukan yis, gula n air suam, letak tepi sat bg yis tu function.. Mcm mana nak tau yis tu hidup ke x? Tgk ada buih2 tu hidup laa yis tu.. Klu x dak kira yis tu masuk hanginnnn😅
– Satukan tepung,garam, baking powder, dan minyak. Gaul manja2 je bagi bahan2 sebati.. Dh nampak mcm sebati skit2 masuk kan air td.. Uli doh sampai menyampah 🤣💞hahaha sampai xlekat d tangan.. Rehat kan doh 3jam.. Sy dan doh dpt rehat yg cukup sbb letih menguli..
– Doh akan naik sekali ganda.. Uli balik, yg kali ni manja2 je.. Jgn gado2, benda blh bincang 😜
– Masukkan doh dlm non stick pot.. Leperkan ikut dasar pot yg xsedar diri tuuu.. 🤣
-Spread virgin oil/minyak masak atas doh, pastu spread sos spegeti prego (jgn sampai ke tepi dinding pot sgt nnt dia melt pastu jadi hangit), cheddar cheese n lada hitam.. Dan boleh laa sprinkle segala makneka topping kesukaan…
-Last skali tabur laaa mozarella cheese kalau nak dapat effect tarik tarik cheese xputus tuu
– Saya guna mode steam, valve seal.. Dah bb release pressure n keluarkan dgn senduk ikea yg warna hitam tu je.. Xde melekat ka apa.. Senang jaa nak keluarkan..
OK sila cuba! Good luck ❤️
Mudah buat piza dengan periuk tekanan tinggi ni terutamanya untuk para ibu yang masih tidak biasa menggunakan ketuhar. Penggunaan ketuhar lebih renyah kerana kita perlu pandai mengawal suhunya.
Menggunakan periuk tekanan tinggi ni, cukup dengan menetapkan mod masakan sahaja. Jadi untuk ibu-ibu yang mahu belajar buat piza pertama kali, bolehlah gunakan kaedah ini. Selamat mencuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!