Walaupun kita beraya dalam tempoh PKPB dan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung, kita masih boleh menghargai waktu di rumah bersama anak-anak. Para isteri pula semakin bersemangat untuk mencuba pelbagai resipi baharu.
Terdahulu, tular resipi roti puri ini. Dimakan bersama kuah kari atau sambal sardin. Modal untuk menghasilkannya juga tidak mahal, sangat sesuai untuk anak-anak. Kalau ada lebihan rendang, boleh juga dimakan bersama roti puti ini. Resipi roti puri ini dikongsikan oleh Eisya Rahman melalui laman Facebook. Jika masih ada para ibu yang belum mencubanya, bolehlah dibuat.
Ikuti perkongsiannya ini:
Assalammualaikum
Dalam tempoh RMO ni Kaksha nak ucapkan terima kasih Kepada rakan-rakan Fesbuk yang bagi sumbangan resepi di muka buku masing-masing sebagai ibu anak 4, buntu hari-hari nak masak apa
Tak pernah buat roti puri inilah pertama kali Bukan makanan mahal Inshaa Allah semua mampu makan Kenyangkan perut yang gelisah Ceriakan anak bila roti kembung dan bulat macam perut Doraemon
Muka hepi hepi masak pong pang pong pang bukan bermakna hati tidak gundah gelana memikirkan barisan hadapan yang sedang berjuang kami pun ada orang tersayang, ahli keluarga dan rakan baik yang berada di luar sana
Biarlah badan kita negatif virus tapi minda kita masih positif dalam menghadapi fikiran yang ‘super complicated’ rasa jiwa yang paranoid berfikir secara baik, menulis secara baik dan berkata secara baik moga yang datang pun baik-baik
Duduk di rumah, solat awal waktu, zikir dan doa.
Resipi Roti Puri
Ads
Bahan-bahan Roti Puri:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
Cara-cara :
1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul rata
3. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. (tambah sedikit air/tepung jika perlu)
4. Perap selama 15 minit
5. Setelah adunan kembang, bulat-bulatkan adunan
Lenyekkan dengan penggelek
6. Panaskan minyak yang banyak. Masukkan adunan ke dalam minyak dan siram minyak atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya).Goreng sampai agak kekuningan
7. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sambal ikan bilis/sardin/kari.
Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
Garam
Serbuk perasa
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul betul garing.
2. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.
3. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, cili merah hiris dan bawang besar hiris. Boleh lah diangkat untuk dihidangkan.
*Resipi ini diambil dari blog masakan AzieKitchen. Mudah sangat, selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Milo yang digemari anak-anak kita ini rupanya boleh hasilkan macam-macam resipi sedap. Salah satunya menyediakan puding milo pula. Namun kali ini diberi nafas lebih kreatif dengan penambahan biskut oreo dan lapisan susu di tengahnya.
Resipi perkongsian Nurbazlyn Husna ini nampak istimewa. Anak-anak pastinya suka. Malah hendak menyediakannya pun amat mudah. Jom cuba untuk juadah berbuka nanti.
Nak buat kek milo tapi tak cukup bahan la pulak. Jadi sis buat Puding Milo la asalkan milo. Bahan-bahan pun simple je dan nak buat pun mudah. Ada yang nak resepi ke?
Sis share resepi sini. Kut nanti uols nak try buat Puding Milo pulak kan. Tapi yang ni sis tambah lapisan puding oreo kat tengah sebab nak bagi dia lawa.
PUDING MILO LAPIS OREO
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk -10g
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan Milo
1 bungkus oreo (patah-patahkan, biarkan dengan cream)
Masak agar-agar hingga larut, kemudian masukkan gula dan kacau sampai semua sebati. Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
Asingkan 2 cawan adunan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo. Kacau sebati.
Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan. Saya guna acuan bunga-bunga tu nak bagi puding cantik. Nak letak dalam loyang or bekas apa-apa pun boleh.
Baki adunan milo lagi separuh tadi tu panaskan atas api kecil sebab tak nak bagi dia cepat keras.
Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit (tapi masih suam) cucuk adunan milo dengan garfu/lidi supaya adunan seterusnya melekat.
Dengan berhati-hati, tuangkan adunan putih (susu) dekat atas lapisan puding milo. Tuang dari bahagian tepi sebab bahagian tengah masih cair dan tak keras lagi. Tuang perlahan-lahan.
Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan.
Biarkan lapisan putih megeras sedikit. Lakukan proses yang sama, toreh permukaan dengan garfu.
Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo. Biarkan sejuk dalam peti ais.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tercari-cari menu biskut raya moden yang mudah malah bahannya juga tidak banyak, anda patut mencuba Nutella Swiss Cookies ini yang cukup digemari anak-anak.
Mana tidaknya, rasa nutella yang padat dan sedap pasti buat anak-anak makan tak cukup satu. Jom cuba resipi padu dari Pn Juju Minhad ini. Sedap!
Bila kau tengah berpantang lepas bersalin, baby tidur je cepat-cepat adun biskut. Buat biskut simple-simple je asalkan ada untuk anak-anak lain fefeling nak raya. Nutella Swiss Cookies ni memang favourite anak-anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja susu pisang, bukan anak-anak saja suka, mak ayah pun tumpang sekali. Pun begitu kos untuk membeli susu pisang di pasaran agak mahal jika terpaksa membeli untuk jumlah yang banyak.
Nak anak tambah khasiat susu dan pisang, apa kata mama cuba buat sendiri. Lagi jimat dan senang. Nak lagi sedap dan lemak, gunakan gula perang. Lagi umphh.
Kalau beli susu pisang memang tak cukup satu sebab Mek Icha peminat tegar air pisang. Gigih tung tang kat dapur dalam 5 minit je maka terhasil lah susu pisang ala nilofa. Senyum sampai ke telinga Encik suami puji sedap!
Nah resepi susu pisang yang mudah. Cukup 1k like Encik Suami cakap nak bawa jalan zoo tengok monyet makan pisang.
Tinggal lagi 3 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Menarik:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...