Resipi Puding Cendol, Lembut & Rasa Lemak Manis, Makan Sejuk-sejuk Memang Sedap
Puding cendol merupakan antara puding yang mudah dan cepat disediakan. Sering menjadi pilihan apabila setiap kali ada jamuan atau makan-makan selepas mesyuarat, puding cendol juga menjadi pilihan sajian pencuci mulut yang cukup popular.
Sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk dahulu barulah boleh dihidang. Rasanya lemak-lemak manis. Anak-anak mesti suka apatahlagi dapat kunyah-kunyah cendol yang dicampurkan bersama.
Berikut dikongsikan resipi untuk membuat puding cendol. Mama bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada anak-anak ya!
RESIPI PUDING CENDOL
BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.
4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.
5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.
7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
Ads
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.
9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.
10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.
Bayi berusia enam bulan sudah sepatutnya diperkenalkan dengan makanan pejal. Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat. Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin.
Tentu pada peringkat permulaan, ibu pening kepala apa bahan yang patut diperkenalkan terlebih dahulu. Memang ada banyak cadangan bahan makanan yang patut diperkenalkan tetapi senarai makanan berikut adalah yang paling berkhasiat dan mesti diberi kepada bayi dalam bentuk puri.
Kentang
Bagi bayi berusia enam bulan yang baharu mengenal makanan pertama, ibu boleh beri puri kentang. Tekstur kentang yang lembut membantu anak mudah memakannya. Kentang juga kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan B kompleks yang membantu penyerapan karbohidrat. Kentang mudah dihadam dan ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah penghadaman.
Ubi keledek
Ubi juga boleh menjadi makanan pertama bayi kerana mengandungi khasiat yang diperlukan badan seperti vitamin A, beta karoten dan potasium yang tinggi. Bahkan ia juga kaya dengan vitamin E, kalsium, serat yang baik untuk proses penghadaman. Rasanya yang lemak manis juga pasti digemari oleh si comel anda.
Jagung
Jagung juga terkenal sebagai bahan makanan kaya dengan karbohidrat. Ibu boleh membuat bubur jagung manis atau dikisar sebagai puri. Jagung juga mengandungi kalsium dan fosfor yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, kaya vitamin A dan B1 yang diperlukan oleh badan. Maka sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata bayi bukan hanya diperoleh daripada lobak merah sahaja.
Pisang
Keenakan lemak manis pisang pasti digemari oleh bayi. Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pisang lebih baik dibandingkan dengan buah dan sayur lain. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat dan lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi.
Labu
Labu disarankan diberi sebagai makanan pejal pertama bayi kerana ia kaya dengan serat baik untuk penghadaman dan memiliki tekstur yang lembut. Ia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, B, C, beta karoten, kalsium, zat besi, folat dan protein.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lauk ayam antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya ayam goreng semata-mata, makan dengan nasi pun dah memadai.
Lagi bertambah selera jika anak-anak dapat makan ayam goreng panas-panas. Biasanya kalau ibu tak mahu peningkan kepala, menu ayam goreng kunyit, ayam goreng ala KFC ataupun berempah yang akan terlintas dalam fikiran.
Bagaimanapun untuk bagi kelainan rasa, ibu boleh cuba buat ayam goreng kari pula. Aroma rempah kari dengan gabungan beberapa bahan lain pasti membangkitkan selera anak. Kalau nak cuba, resipi Bella Shabudin ini sangat mudah.
RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH
Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini bella nak share resepi campak-campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
Cara-cara:
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan
Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba 😘
Setiap kali membeli kelengkapan dan barangan dapur, susu pekat manis pasti tak ketinggalan melengkapkan barangan. Jika bukan dibuat minuman bersusu, susu pekat manis banyak kegunaannya dalam pembuatan kek, kuih dan sebagainya. Tak perlu beli, apa kata anda cuba buat sendiri susu pekat manis.
Rupanya nak hasilkan susu pekat manis ini tidaklah sesukar mana. Hanya gunakan empat bahan sahaja. Susu memang menjadi! Jom cuba perkongsian Pn Syazwani Bakhari ini.
Terima kasih yang sudi berkongsi resepi *SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE*
Jimat oi tak payah beli dah hat dalam tin lepasni. Jimat, selamat dan dijamin bersih. Sekali buat dapat banyak pula tu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.