Apa kata kali ini kita hidangkan puding jagung kastard legend untuk keluarga. Paling senang nak buat dengan resipi Muhammad Ali. Wajib cuba!
Salam & hi semua, seperti dijanjikan saya nak share resepi mudah, siapa-siapa pun boleh buat tau.
Resepi Puding Jagung by Mr. Ali
Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
4 cawan air
1 tin susu cair
10 gram serbuk agar-agar
180 g gula
3 sudu makan tepung custard
2 sudu makan kordial jagung
1 tin jagung manis creamy
1 tin jagung manis ( optional)
Satu sudu kecil garam
Masukkan semua bahan kecuali garam. Kacau sebati dulu semua baru hidupkan api perlahan.
Kacau hingga mendidih, dah mendidih biarkan selama 1-2 minit, lepas tu baru tutup api.
Masukkan 1 sudu kecil garam dan sebatikan.
Menarik: Begini Cara Buat Rempeyek Ikut Resipi Nenek, Laku Keras Time Raya!
Nestum Coklat Bar Paling Senang Nak Buat, 2 Bahan Je, Patutlah Ramai Dah Cuba!
Cornflakes Madu Wajib Ada, Resipi Legend Mak Paling Mudah, Bakar 10 Minit Je!
Sejukkan dalam peti selama 4 jam.
(agar-agar resepi saya ni memang lembut jadi kena handle hati-hati tau sikit, saya masukkan agar-agar sebab saya tak berapa suka texture kasar bila guna tepung custard banyak, jadi saya kurangkan sikit dan gantikan dengan agar-agar)
Selamat mencuba semua! ❤️
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!