Wow! Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Kukus dan Tak Bakar, Ibu Ni Kongsikan Caranya!

Share

Jika menyebut Puding Karamel pasti kita terfikirkan bahan utamanya iaitu telur yang menjadi asas kepada puding ini selain bahan-bahan lain seperti gula, susu dan sebagainya. Namun menghasilkan puding ini tanpa telur seakan tidak masuk akal. Bagaimana puding ini dihasilkan jika bahan utamanya tidak ada?

Resipi istimewa Puan Mawar Ali yang menghasilkan Puding Karamel tanpa telur ini mendapat perkongsian lebih 18 ribu perkongsian di facebook. Wow! hebatnya resipi yang satu ini. Bagaimana nak hasilkannya? Ini cara yang dikongsikan olehnya.

Puding Karamel Tanpa Telur, Tanpa Kukus & Tanpa Bakar

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
1 peket agar-agar serbuk (10g)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Permukaan gebu dan licin, sama macam guna telur. Wow!

Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan.

Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

Masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Lepas tu masak atas dapur.

Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 hingga 3 jam.

Bila dah sejuk, letak dalam bekas secara terbalik. Taraaaaa….gula hangus dah dekat atas. Cun je.

Selamat mencuba.

Published by
SRM