Resipi Puding Karemel @ Gula Hangus, Elak Pukul Adunan Lama Takut Berongga, Sedapnya!

Share

Puding yang satu ini seakan ‘berhantu’. Sekali rasa tak cukup sepotong, pasti mahu sepotong lagi. Lagi sedap dimakan waktu sejuk. Memang terbaik.

Malah nak membuatnya cukuplah mudah. Hanya satukan semua bahan bersama gula hangus dan kukus. Semudah ABC. Pun begitu jangan dikacau terlalu lama kalau tak mahu puding kita berongga. Jom cuba resipi perkongsian Pn Khairun Nisa.


Puding Karamel @ Puding Gula Hangus. Pastikan betul-betul suam atau sejuk baru terbalikkan. Kalau terbalikkan masa panas-panas, dia akan hancur sebab puding ni sejenis lembut macam tofufa.

Bahan A
1/2 cwn gula pasir

Bahan B
5 biji telur gred A
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat ( xnak manis boleh kurangkan)
1 cwn air
Sedikit esen vanilla

Cairkan gula dan masak sehingga bertukar keperangan. Jangan sampai hangus pulak nanti pahit.

Masukkan ke dalam loyang 7 inci.

Satukan 5 biji telur + esen vanilla. Kemudian masukkan air.

Masukkan susu cair dan susu pekat.

Kacau sebati. Jangan pukul terlalu lama, nanti puding jadi berongga.

Tapiskan bila masuk dalam loyang.

Kukus 25-30 minit atau sehingga masak.

Sejukkan dulu baru terbalikkan atas pinggan. Selamat mencuba!

Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM