Keenakkan puding kastard bersama kuah koktail sememangnya tak perlu disangkal lagi. Gabungan dua bahan yang membuatkan waktu berbuka menjadi begitu bermakna. Apa lagi dimakan bersama seluruh sanak saudara.
Jika dikunjungi tetamu atau sanak keluarga, hidangan yang satu ini jangan dilupakan. Resipi perkongsian Pn Noor Asmaa Hussin ini anda wajib cuba.
Pekat likat dan lembut pudingnya, ditambah dengan kuah koktail yang manis dan enak. Apa lagi kala dimakan ketika waktu sejuk. Memang terangkat!
Resepi Puding Kastard Kuah Cocktail
Untuk kastard:
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api. Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.
Ads
Kena sabar ya memang lenguhlah tangan mengacau sampailah kastard tu jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan.
Untuk kuah cocktail:
1 tin buah cocktail (premium)
2 tin susu ideal
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dlm 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla
Tapis buah cocktail dan ambil airnya. Campurkan dengan 2 tin susu ideal, air, esen vanilla dan gula. Masak di atas api.
Ads
Kemudian masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sampai menggelegak. Kacau sentiasa, last baru masuk buah cocktail dan tutup api. Sejukkan.
* Simpan dalam peti ais, potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk.
Ads
* Kalau nak guna laici pun boleh. Untuk sukatan di atas saya guna 2 tin laici menggantikan 1 tin cocktail. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila si kecil dan masuk fasa makan ni, mummy kena rajin lah sikit masak macam-macam nak bagi anak berselera untuk makan kan? Tapi tak semestinya anak perlu makan plain sahaja, mummy boleh perasakan makanan anak dengan perasa semulajadi menggunakan ayam, ikan bilis, tomato dan sebagainya.
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐁𝐘
Seperti perkongsian ibu ini, dia berkongsi cara membuat sebuk bilis untuk bayi.
Sini nak share cara buat serbuk bilis homemade, mudah je.
Yang perlu ada:
(1) Blender with miller (blender kering)
(2) Ikan bilis
(3) Air untuk rendam
(4) Bekas kedap udara
Cara-caranya:-
(1) First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.
(2) Rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.
(3) Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.
(4) Sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya.
>> Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.
(5) Angkat bila dah nampak rangup
(6) Biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend
>> Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap
(7) Lepas dah blend akan dapat serbuk halus.
(Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan!
Kredit : Simply Noorul
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Kita selalu abaikan bahagian kaki ayam kerana merasakan kurang enak. Hakikatnya bahagian inilah yang paling berkhasiat buat semua terutama anak kita. Bagi ibu yang ada masalah anak kerap sakit atau kurang berat badan, baik sediakan stok sup ini.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Farhatun Osman ni memang mudah dan ringkas nak sediakannya. Jom cuba.
Naikkan Berat & Antibodi Anak
Chicken Feet Stock (CFS) & Tomato Paste in the houseee ? Restock untuk Cik Auji masa weekend haritu. To be frank, since pakai CFS ni, alhamdulillah Auji memang jarang sakit dengan izin Allah. Buat memang renyah tapi insyaAllah memudahkan kerja ibu2 semua.
Chicken Feet Stock Bahan seperti dalam gambar. Satukan semua bahan dalam periuk. Masukkan air. Masak dengan api yang paling perlahan bagi dia simmering je. Saya masak selama 5 jam. Dah siap, tapis & ambil airnya sahaja. Masuk dalam ice mold. So nak pakai boleh amik satu.
Tomato Paste Bahan seperti dalam gambar. Rebus tomato. Buangkan biji & kulit. Stim carrot, celery & capsicum (saya guna capsicum kuning katanya kurang pedas. Tapi kalau nak warna cantik pakai capsicum merah hihi) Blend kesemuanya bersama bebawangsss. Masak atas dapur bagi kering sikit Sedia untuk masuk dalam ice mold & keraskan.
Tip Untuk Mama
* Selain kaki ayam, boleh tukar pada tulang/rangka ayam (Chicken Bone stock) ATAU tulang2 lain macam ikan atau daging.
* Lemon ialah sumber mild acid. Boleh switch dengan cuka. Pilih salah satu.
* Sayur-sayur lain ialah optional untuk tambah perasa.
* Untuk periuk pula, periuk yang boleh digunakan ialah PERIUK KACA, PERIUK CERAMIC, PERIUK TANAH & PERIUK STAINLESS STEEL (periuk aluminium & non-stick akan menyebabkan tindak balas dengan asid yang kita gunakan & menjadi toksik dalam CFS kita)
* Masak dengan api yang paling perlahan bagi dia simmering je. Saya masak selama 5 jam.
* Dah siap, tapis & ambil airnya sahaja. Masuk dalam ice mold. So nak pakai boleh amik satu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja pasta tentu sahaja jadi kesukaan anak-anak kita. Selain bolognis, pasta carbonara antara yang begitu digemari. Namun menyediakan pasta carbonara yang betul-betul sedap dan creamy tentu sahaja punya teknik yang tepat.
Apa resipinya? Perkongsian resipi dari Wan LuQman ini mama wajib cuba. Memang awesome dan terlebih sedap!
Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung!
I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung. Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Ape hasil dia? Sedap gile! Hehe
Bahan-bahan:
60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikut korang lah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu korang dah tahu ye.
NOTAKAKI: Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja.
Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera…bukan senang tau nak buat order 30-50pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau² nanti dia akan bengkak…sebab dimasak sekali bersama kuah😘
Kita rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!
Kadang-kadang kita susah nak bajet kan untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan.
Tapi dalam resepi ni kander guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.
Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti. Kander guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak². Ni untuk menggantikan bacon. Sepakat beef lean ni RM10 rasanya.
Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu kander guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah² dari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh la cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuning dia mudah pecah.
Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.
Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat. Nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu. Heheh. Tapi tak guna semua ni ye.
Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak hot dog ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.
Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.
Bila air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5sb macam tu.
Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.
Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti. Ceroh mase depan kome yob.
Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.
Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.
Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!