Resipi Puding Kastard Dengan Kuah Koktail, Lagi Sedap Campur Laici, Enaknya Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Keenakkan puding kastard bersama kuah koktail sememangnya tak perlu disangkal lagi. Gabungan dua bahan yang membuatkan waktu berbuka menjadi begitu bermakna. Apa lagi dimakan bersama seluruh sanak saudara.

Jika dikunjungi tetamu atau sanak keluarga, hidangan yang satu ini jangan dilupakan. Resipi perkongsian Pn Noor Asmaa Hussin ini anda wajib cuba.

Pekat likat dan lembut pudingnya, ditambah dengan kuah koktail yang manis dan enak. Apa lagi kala dimakan ketika waktu sejuk. Memang terangkat!

Resepi Puding Kastard Kuah Cocktail

Untuk kastard:
3 cawan kastard
12 cawan air
1 cawan gula
Daun pandan

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau rata sebelum dimasak di atas api. Buka api dapur dan kacau sentiasa sehingga pekat.

Kena sabar ya memang lenguhlah tangan mengacau sampailah kastard tu jadi berkilat dan nampak meletup-letup. Tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan.

Untuk kuah cocktail:
1 tin buah cocktail (premium)
2 tin susu ideal
2 mug air
3 sudu besar tepung kastard (larut dlm 1/2 cawan air)
2 cawan gula (boleh tambah jika suka manis)
1 sudu besar esen vanilla

Tapis buah cocktail dan ambil airnya. Campurkan dengan 2 tin susu ideal, air, esen vanilla dan gula. Masak di atas api.

Kemudian masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan air sampai menggelegak. Kacau sentiasa, last baru masuk buah cocktail dan tutup api. Sejukkan.

* Simpan dalam peti ais, potong kastard dan campurkan kuah. Hidangkan ketika sejuk.

* Kalau nak guna laici pun boleh. Untuk sukatan di atas saya guna 2 tin laici menggantikan 1 tin cocktail. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan:  Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Resipi Puding Kelapa Pandan, Isi Lembut & Kenyal, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM