Resipi Puding Laici Berkuah, Mudah Sungguh Nak Buat, Layan Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Puding laici sejuk memang jadi kegilaan anak-anak kita. Apa lagi diletakkan dalam bekas cantik dan comel. Memang layan makan seisi keluarga. Nak buatnya pun bukan main senang.

Puding laici berkuah yang dikongsikan oleh Pn Aisyah Humaira ni mama wajib cuba. Senang!


Hujan panas, hujan panas tekak rasa nak sejuk manis. Jom cuba Puding laici berkuah. Semudah ABC! 

Bahan-bahan:
1 pekat agar² -sukatan air ikut arahan dibelakang bungkusan.
2-3 sb gula
4 sb kordial laici
1 tin susu cair

Didihkan agar-agar bersama air sampai hancur.

Masukkan 2-3 sudu besar gula. Jika suka manis boleh lebihkan.

Masukkan 4 sudu besar kordial laici. Didihkan semua ni hingga sebati.

Susun buah laici dalam bekas, kemudian tuang beberapa senduk agar-agar tadi dan bekukan.

Baki agar² dalam periuk tadi masukkan setengah tin susu cair dan cebisan buah laici.

Tuang lapisan susu ni dalam bekas agar-agar yang dah beku.

Siap! Makan bersama susu cair jika suka berkuah.

Menarik: Resipi Crab Rangoon Creamy Hijau Ala Thai, Paling Simple Tapi Padu

Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM