Makan

Resipi Puding Laici Yang Mudah & Sedap, Pasti Jadi Kesukaan Anak-anak

Share

Resipi puding laici yang mudah dan sedap, pasti jadi kesukaan anak-anak. Sajian puding memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Rasanya yang manis tentu mengundang selera anak-anak untuk menikmatinya.

Bagi yang ibu-ibu yang masih tercari-cari manisan untuk anak-anak, boleh cuba resipi puding laici seperti yang dikongsikan oleh Aida Sarina ini. Resipi tersebut dipelajari daripada ibunya dan digemari oleh rakan dan ahli keluarga.

Artikel lain: Resipi Puding Laici Berkuah, Mudah Sungguh Nak Buat, Layan Makan Sejuk-Sejuk!

Turut dikongsikan beberapa tip berguna agar ‘penampilan’ puding bukan saja sedap tapi halus mulus.

Resipi Puding Laici Yang Mudah & Sedap

Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.

Ini cawan yang digunakan untuk menyukat.

Pasti Jadi Kesukaan Anak-anak

Cara membuat:

1. Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan

2. Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.

3. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul, kemudian tutup api.

4. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.

5. Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.

Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru sedap.

Baca lagi: Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

INFO

*Satu adunan ini boleh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan, dapat dalam 40 bekas.

*Puding ini boleh kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut cita rasa masing-masing.

*Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan ini tak manis sangat, tak tawar sangat.

Sumber: Aida Sarina

Lagi artikel: Puding Laici Kristal Dua Layer. Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!

 

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Published by
Has