Puding sememangnya cukup sinonim dengan menu di sebarang majlis keraian. Namun puding versi comel dan acuan cantik ini sudah semestinya dapat menarik perhatian anak-anak kecil kita.
Untuk majlis hari jadi misalnya, puding comel lapis demi lapis ini paling diminati. Jom cuba perkongsian resipi Pn Rose Aein Ramli.
Puding lapis. Customer tempah untuk birthday. Saya sertakan resepi.
Bahan-bahan:
Serbuk agar-agar 10gram
Air 600ml
Santan kotak 300ml (santan biasa pon boleh aje)
Gula 6 sudu besar (nak manis tambah lagi)
Daun pandan 4 helai (simpul)
Secubit garam
Masak semua hingga mendidih.
Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Warnakan.
Kemudian boleh isi dalam acuan, isi sedikit sahaja ya.
Bila puding dah sedikit beku,(cucuk tak lekat dijari) boleh isi lapisan berikut. Lakukan hingga selesai.
Selamat mencuba!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI