Dah ada rancangan untuk hidang pelbagai juadah raya, tapi macam tak lengkap kalau tiada ‘pencuci mulut’ kan? Jadinya hari ini Pa&Ma akan kongsikan satu resipi pencuci mulut perkongsian dari saudari
Naz MShariff yang mudah dan sedap. Boleh la buat malam raya ni, esok dah boleh hidang kepada tetamu.
Bahan-bahan:
Bahan A
1/2 cawan gula pasir
1/2 @ kurang dari 1/2 cawan air panas (kalau kurang dari 1/2 cawan air karamel akan jadi pekat)
Cara penyediaan:
1. Hanguskan gula smpai perang & masukan air panas. Kacau segera supaya nnti dia tidak berketul. Then masukan dlm bekas/loyang korang. Sejukan suhu bilik. Ketepikan.
Bahan B
4 keping roti potong 6/ siat2 pun boleh
1 tin susu cair
1/2 cawan air suam
3 sb susu pekat
1 sk esen vanilla
Garam sikit
Cara Penyediaan:
1. Blend semua Bahan B sampai sebati
2. Bahan B dah sebati baru masuk 3 biji telur blend skejap je. Kemudian, tapis.
3. Masukan Bahan B ke Bahan A
Dah siap dah, mudah bukan? Masukkan dalam peti makan masa sejuk-sejuk lagi sedap rasanya! Selamat mencuba.