Resipi puding roti kuah kastard, menu sedap, senang nak buat. Puding roti merupakan salah satu pencuci mulut tradisional yang digemari ramai, tidak kira usia mahupun latar belakang.
Resipi Puding Roti Kuah Kastard, Menu Sedap, Senang Nak Buat
Keenakan puding ini terletak pada kelembutannya yang digabungkan dengan rasa lemak manis yang menyelerakan. Ia juga dikenali sebagai satu hidangan yang mudah disediakan serta tidak membazir, kerana boleh menggunakan lebihan roti yang hampir tamat tempoh.
Resipi Puding Roti Kuah Kastard
Bahan-bahan:
4 keping roti
*1 cawan susu dutch lady
*2 sudu besar gula
*1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit butter yang dicairkan
*telur 1 biji
Ads
Cara-cara membuatnya:
1) Campurkan semua bahan yang bertanda *
2) Kacau sebati. Lapik loyang dengan baking paper & masukkan ke dalam loyang size 12″(saya guna loyang 12″ dan gandakan resepi jadi 4 adunan).
3) Kemudian gunting roti dan masukkan ke dalam loyang tadi. Tekan-tekan supaya roti tenggelam..tabur choc chips dan letakkan sedikit butter yang telah dicairkan tadi ke atas permukaan atas roti tadi.
Ads
4) Bakar selama 35-45minit suhu 160-170c.
Resepi Kuah Kastard
1 tin susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
4 sudu gula
2 sudu besar tepung custart
1/3 caw
Mix semua dan kacau atas api perlahan sehingga adunan pekat. Tutup api dan sejukkan.
Ads
Puding roti kalau dapat makan yang sejuk-sejuk lagi sedap. Jika anak tak mahu makan nasi pun, ini pun dah boleh mengenyangkan.
Ada anak-anak yang susah sangat nak makan nasi dan juga sayur. Puas si mama pujuk tapi selalu ditolak. Mama boleh cuba resipi potato rice ball yang mana bahan-bahanya cukup khasiat. Kena lebih kreatif untuk tarik minat si kecil terhadap makanan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
💓 POTATO RICE BALLS VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 cawan ubi kentang ( dah direbus & dilenyak )
1/2 cawan dada ayam ( dah direbus & dicincang )
2 sb lobak merah ( dah diparut )
1 sb serbuk bilis groomy ( Dila My )
1/2 sb serbuk daging groomy ( Dila My )
1 sb serbuk keju groomy ( Dila My )
1/2 sb serbuk lobak Baby Food Homemadebyibuanis HQ ( Dila My )
1/2 sb serbuk sayur Ibu Anis ( Dila My )
1/2 cawan tepung jagung
Cara-cara:
Satukan ke semua Bahan Bahan dan kacau sebati.
Pastikan adunan menjadi doh yang tidak terlalu keras mahu pun terlalu lembut.
Sapukan telapak tangan dengan sedikit minyak.
Kemudian ambil sedikit doh tersebut dan bentukkan menjadi bebola.
Ulang proses sehingga selesai.
Boleh juga dimasukkan inti keju di dalam doh bebola jika suka.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan gorengkan bebola sehingga garing dan keperangan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih titisan hujan atau rain drop yang sedang viral ini buat kita terasa hendak mencuba. Macam mana rasanya? Tak perlu beratur panjang, apa kata kita cuba buat sendiriuntuk anak-anak di rumah.
Rupanya resipi viral ini cukup ringkas cara pembuatannya. Jom cuba resipi perkongsian Norma Shahrin.
Rain Drop viral versi lompang. Kuit-kuit gitu.
Bahan-bahan:
1 paket konyaku
Air 950ml
Gula halus 250 gm
Masak hingga gula hancur dan sebati.
Letak la pewarna atau nak jernih pun boleh.
Tuang dalam bekas acuan dan biarkan sejuk.
Masak gula merah hingga hancur dan biarkn sejuk.
Keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah dan serbuk kacang.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah disediakan. Bahan-bahannya mudah untuk didapati dan rasanya yang sangat sedap membuatkan kek coklat kukus antara hidangan yang mendapat tempat di hati ramai.
Bagi yang ingin mencuba resipi mudah, ikuti perkongsian ini.
Resipi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila
Cara Penyediaan:
Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.
Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati ok bukan sejati.
Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.
Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.
Tutup je bekas plastik tu dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.
Kukus kek dalam anggaran 20 minit.
Siap.
Kredit: rodiah amir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.