Hujung minggu inilah masa untuk mama bereksperimen mencuba segala jenis makanan kesukaan anak-anak. Apa kata hujung minggu ini mama cuba sediakan puding roti pelangi ini pula untuk keluarga.
Gabungan bahan yang mudah dengan campuran dua jenis susu yang menjadikan puding lagi sedap. Jom cuba resipi simple yang dikongsikan oleh Pn Zura Zul ini.
Bahan A
20gm agar-agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Bahan B
4 keping roti gardenia -buang kulit tepi, carik kecil-kecil
1 tin susu cair/susu segar
2 sb susu pekat
1 biji telur
2 sb marjerin cairkan dulu atas api
1 sb tepung kastard/tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam – jika suka
Pewarna ikut suka
Masak bahan A, agar-agar dengan air hingga larut.
Masukkan gula dan kacau.
Kemudian blender semua bahan B diatas kecuali pewarna hingga hancur.
Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Kacau-kacau rata sebati hingga nampak sedikit likat. Tutup api.
Ambil separuh adunan, bahagikan beberapa bekas kepada warna ikut suka.
Kemudian tuang dalam acuan/loyang ikut kreativiti sendiri.
Baki adunan panaskan semula, tuang atas puding tadi. Biarkan keras, masuk peti sejuk .
Boleh keluarkan dari acuan/loyang. Potong ikut suka.
Menarik: Tak Payah Beli, Buat Sendiri Susu Pekat Manis Homemade Dari Susu Tepung, Lagi Jimat
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI