Sirap selasih dibuat air mungkin sudah biasa. Apa kata kali ini kita buatkan puding pula. Lagi sedap gabungkan dengan lapisan susu yang buat puding lebih selesa.
Macam mana resipinya? Resipi perkongsian Farisha Sofea ini memang mudah. Jom cuba!
PUDING SIRAP SELASIH
Bahan Bahan :
Bahan A :
15g agar agar tali
1/2 cawan gula
1.2L air
2 sb biji selasih (direndam dengan air panas)
daun pandan (disimpul)
Sedikit sirap ros
Bahan B :
15g agar agar tali
1/2 cawan gula
900g air
1 tin susu cair
secubit garam
sedikit esen vanilla
Untuk menyediakan Bahan A, masak agar agar dengan air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan kacau rata. Masukkan daun pandan dan sirap ros.
Masukkan pula biji selasih yang sudah direndam tadi. Kacau sebati. Tuangkan 3/4 penuh ke dalam acuan / loyang. Biarkan seketika sehingga agar agar sederhana beku.
Sementara itu kita siapkan pula Bahan B. Caranya juga sama, masak agar agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan pula susu cair, garam dan esen vanilla. Kacau sampai sebati.
Apabila Bahan A sudah sederhana beku, tuangkan Bahan B sehingga penuh acuan / loyang tadi. Bekukan baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Apabila sudah beku sepenuhnya, potong agar agar mengikut citarasa / keluarkan agar agar dari acuan.
Siap!
Menarik: Cara Masak Bakso Mudah Tapi Sedap, Sup Ringkas, Siap Sambal Cili Power
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI