Makan

Resipi Puding Vanilla Sumi, Anak Boleh Bawa Untuk Jamuan Hari Raya Sekolah

Share

Resipi puding vanilla sumi antara menu pilihan yang paling ringkas dan sesuai untuk anak bawa ke sekolah untuk jamuan hari raya. Bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan cara membuatnya juga cukup mudah.

Paling enak dimakan sejuk dan sesuai disajikan tatkala cuaca panas. Nak versi mudah, boleh guna sumi yang dijual di pasaraya. Tapi anda juga boleh gunakan agar-agar pelbagai warna yang dimasak sendiri. Potong kecil-kecil dan masukkan dalam bekas.

Artikel lain: Puding Marble, Bukan Je Sedap Tapi Coraknya Pun Menggoda. Begini Cara Buatnya!

Jika bercadang nak adakan jamuan atau majlis keraian, manisan ini juga dijadikan sajian pencuci mulut buat tetamu yang bertandang. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zyeeta Aisyah. Pasti ramai yang puji.

Resipi Puding Vanilla Sumi

BAHAN-BAHAN:

20gm serbuk agar-agar jernih
1 tin susu cair
3 tin air (guna tin susu cair)
½ tin susu pekat manis (nak manis lebihkan)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil creamy vanilla esen
1 paket sumi
Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Masak serbuk agar-agar dengan 3 tin air sehingga sebati.

2. Masukkan susu pekat manis, susu cair, esen vanilla dan secubit garam.

3. Sentiasa kacau serta masukkan tepung kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.

4. Tunggu sampai mendidih dan boleh padamkan api.

5. Masukkan sumi ke dalam bekas, kemudian tuang agar-agar tadi.

Lagi artikel: Puding Lapis Lumut, Rupa Cantik & Rasa Sedap. Makan Sejuk-Sejuk, Memang Nikmat Betul!

 

 

 

 

6. Biarkan mengeras dan simpan dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.

NOTA: Guna sumi untuk versi mudah dan cepat. Jika rajin, boleh buat sendiri agar-agar pelbagai warna, potong dan masukkan ke dalam bekas seperti dalam gambar.

Kredit resipi & foto: Zyeeta Aisyah

Baca lagi: Puding Tutti Fruity Warna- Warni, Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah. Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Published by
Has