Bagi anda yang teringin nak makan pulut ayam macam dekat Thailand tu, anda boleh cuba resipi ringkas dan mudah dari saudari yana ini. Nampak pun sedap kan? Jom cuba buat!
Bahan-bahan :
(ayam)
✨2-3 ulas bawang putih (ditumbuk)
✨1-2 akar ketumbar (ditumbuk)
✨400-500g Ayam Nanas (boneless thigh)
✨Garam
✨1/2sb serbuk jintan putih
✨1/2sb serbuk jintan manis
✨1/2sb serbuk ketumbar
✨2sb tepung ubi kayu
✨Air (sedikit saja)
Cara penyediaan:
📍Satukan semua bahan bertanda ✨. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.
📍Goreng ayam sehingga garing.
🍚PULUT🍚
Bahan-bahan :
🔸Beras pulut (direndam 4jam)
🔸Air (lebih sikit paras beras pulut)
🔸1 helai daun pandan
Cara-cara :
📍Rendam pulut sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama lagi bagus.
📍Masukkan beras pulut & daun pandan kedalam bekas yang tahan microwave.
📍Masukkan air. Lebihkan sikit dari paras beras pulut.
📍Microwave selama 15 minit.
📍Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap 😋
Selamat mencuba 🍛