Musim buah raja segala buah, iaitu buah durian ini apa kata kita ambil peluang untuk menyajikan pulut durian dengan kuah santan kepada keluarga.
Bukan sekadar pulut biasa, kuah santan juga perlu ada rasa dan sedap berlemak. Apa tipnya? Rupanya hendak pulut jadi cantik pulut jangan dikacau, biar cantik strukturnya. Jom cuba perkongsian resipi Naimah Kasim.
Sesuai untuk dimakan dengan durian/pelam.
Basuh beras pulut (tak perlu rendam). Letakkan air lebih macam masak nasi.
Jangan kacau lansung supaya pulut tak hancur.
Bila mendidih kuat, slow api dan tuang air tinggal sikit saja. Dilarang kacau sama sekali lepas air dibuang.
Tutup periuk dan gunakan api perlahan. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik tak patah-patah. Sedap dimakan dengan durian/ pelam dengan kuah santan.
Kuah santan pula, dulu-dulu arwah mak guna santan fresh dari nyior yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.
Sekarang terpengaruh dengan siam, santan masak sekejap atas api yang perlahan. Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
Kacau selalu supaya tak pecah minyak. Siap!
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang!
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.
Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti:
– ball pool
– karpet
– floor mats
Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.
Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.
Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.
Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.
Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.
Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Sarang Semut Tanpa Perap. Ini Tipnya Nak Dapat Tekstur Cantik, Mudah Sangat!
Kek sarang semut atau lebih dikenali sebagai kek gula hangus antara kek lejen yang digemari oleh semua peringkat umur tak kira orang dewasa atau anak-anak. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya tak manis sangat memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Cuma yang jadi masalahnya, kek ini ramai yang tak mahu buat kerana nak dapat lubang yang cantik itu susah. Ada resepi yang perlu perap untuk dapat lubang tersebut apabila dipotong tapi bila buat tetap tak cantik.
Bagi ibu yang nak cuba resepi kek gula hangus ini, boleh cuba guna resepi Qaseh Aisyah Linda. Resepi ni tak perlu nak perap pun. Cepat dan mudah!
ARTIKEL MENARIK [Ayam Goreng Lebih Sedap Campur 3 Bahan Ini. Garing Di Luar Juicy Dalamnya!]
[Rahsia Telur Dadar Crispy Macam Kat Kedai, Tambah Bahan Ni Je. Confirm Jadi!]
Resepi Kek sarang semut (Tanpa perap)
Bahan A
Adunan tepung
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
Ayak kesemua bahan-bahan diatas
Bahan B
4 biji telur (saya guna gred A)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil Esen vanila
Telur dipukul manja-manja saja kemudian masukkan susu pekat kedalam adunan telur tadi Dan pukul manja2 kemudian masukkan Esen vanila.
Satukan bahan-bahan A Dan B gaul sehingga sebati. Ketepikan.
Bahan C
Caramel
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan butter/ margerin
Masukkan gula ke dalam periuk masak sehingga mencair keperangan, kena sentiasa kacau Dan api sederhana jangan sampai hangit.
Kemudian masukkan air, proses ni kena hati-hati ye sebab panas. Masukkan butter/marjerin kacau rata sehingga semua larut.
Proses seterusnya, masukkan caramel yang panas tadi ke dalam adunan tepung tadi. Kena masukkan panas-panas ye. Kacau sehingga adunan semua sebati.
Oles loyang dengan marjerin, tuang adunan tadi ke dalam loyang..saya guna loyang saiz 5. Panaskan oven dalam 15 minit, kemudian bakar pada suhu 160.
Selamat 1 jam api atas bawah atau sehingga masak. Suhu mengikut oven masing-masing ye. Setiap oven tak sama ye.
First time buat guna resepi ni menjadi alhamdulillah.
Kredit: Qaseh Aisyah Linda
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Tauhu Goreng Crispy, Kriuk-Kriuk Rangup, Potong Dadu Lagi Senang Makan!
Tauhu seringkali kurang digemari anak-anak. Jika digoreng ringkas, alamatnya tauhu dibuang sahaja tanpa diusik.
Macam mana nak jadikan tauhu yang tinggi khasiat ini dapat sambutan anak-anak? Ini caranya! Resipi perkongsian Mastura Razali ini superb!
Tauhu goreng crispy kriuk-kriuk rangup untuk minum petang harini, cicah sambal kicap. Kita guna tauhu basah je celup tepung goreng garing.
Beli Vaarenta Fordable Steam Iron Di Sini
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/vaarenta-foldable-steam-iron-mint-green-20118430″ style=”flat” background=”#2defdd” color=”#ffffff” size=”6″] Vaarenta Foldable Steam Iron [/su_button]
Tauhu Goreng Crispy
4 ketul tauhu basah (potong 4)
5 sd besar tepung gandum
1 sd besar tepung beras
Secubit garam
1/2 sd kecil baking powder
1 cwn air
1 kiub pati ayam + 1/3 cwn air panas(air panas ni tujuan utk hancurkan kiub ayam)
Bancuh semua bahan kecuali tauhu.
Agak-agak dah sebati baru masukkan tahu. Pastu rendam kan la tahu tu dalam bancuhan tepung tadi. Gaul-gaul sampai tepung menyaluti tahu tu.
Gaul-gaul tahu dalam bancuhan kemudian tapis/sejat tahu dan goreng la tauhu tu.
Air bancuhan tepung tadi jangan buang, nak guna lagi ye.
Goreng tauhu agak-agak dah garing tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tahu. Nak bagi tepung melekat di tauhu, pastu tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu (saya tuang air tepung dalam kuali 2x)
Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak sementara tu boleh la buat sambal kicap.
Lepas tu boleh la ngap tauhu crispy kriuk-kriuk ni cicah sambal kicap.
Menarik: Resipi Cocktail 7 Keturunan, Lagi Sedap Lemak Guna Campuran Bahan Ni, Rasa Memang Padu
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI