Resipi Rendang Ayam Mudah, Tak Ada Bawang Putih Tapi Cukup Semua Rasa, Padu!

Share

Rendang adalah yang paling mudah disediakan. Walaupun bahan-bahannya agak banyak namun cara membuatkan amatlah mudah. Resipi rendang kali ini berbeza kerana tanpa bawang putih, begitu dengan rempah ratus lain. Macam mana rasanya?

Lain dari yang lain, rendang ini tetap sedap dan menjadi. Malah lagi senang. Jom cuba!


Lain orang lain cara kan. Kekadang lain bahan, asal sedap. Alhamdulillah. Rendang ayam sis letak kerisik, santan, tak boh lawang kayu manis semua. Bismillah. *Sis letak resepi kt bawah ok ** Ya memang tak ada bawang putih!

Bahan kisar:
Bawang besar 4 biji (nak sedap guna bawang ros)
Lengkuas 2 inci
Serai 4 batang
Halia 1 inci
Kisar asing segenggam cabai kering
Ayam goreng kejap (gaul garam kunyit)
Garam gula secukup rasa
Asam keping
Kerisik banyak lagi sedap
Santan
Daun kunyit daun limau purut untuk rampai

Tumiskan bahan kisar, dah garing masuk cabai mesin.

Biar pecah minyak lepas tu masukkan ayam.

Masukkan santan dan kerisik.

Agak-agaklah kering mana kuah tu, masuk perasa semua. Last masuk rampai² tu.

Siap!

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Resipi: Husnatul Layla

Published by
SRM