Puasa dah semakin hampir, tiba-tiba teringin pula nak makan rendang biarpun bulan Syawal lambat lagi. Maklumlah kala berpantang ni, ada saja menu yang teringin. Semua makanan terasa sedap je kan?

Nak makan rendang ketika berpantang tak ada masalah. Ada resipi rendang yang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan anak. Kelainanannha apabila ditambahkan daun cekur dalam resipi.

Baca Juga:

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!

Pn. Fienaz Syafie ada berkongsi resipi rendang sesuai untuk ibu dalam pantang. Menurunya dia merupakan ibu yang bersalin melalui pembedahan.

Ads

Ini resipinyq;

Day 31: tekak teringin nak makan rendang . Maka jadila rendang raya versi pantang. Saya bersalin czer

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
Sumber foto: Facebook Fienaz Syafie

Rendang Ayam Daun Cekur

Bahan kisar:

Ads

Kunyit hidup
Halia
Lengkuas
Serai
Bawang putih
Bawang Merah besar
Bawang merah kecil
Serbuk ketumbar
Serbuk
Jintan manis
Lada hitam

Bahan dihiris halus:

Daun cekur
Daun kunyit
Daun limau purut

Low fat milk
Ayam organik
Asam keping 1

Ads

**Kesemua bahan jumlahnya diagak mengikut kesesuaian seberapa banyak rendang yang diingini

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
Sumber foto: Facebook Fienaz Syafie

Cara masak:

1 . Masukkan 1 sudu besar minyak canola @ zaitun. Tumiskan bahan kisar.
2. Masukkan ayam, asam keping dan susu. Masak sehingga kering macam rendang.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan bahan hiris. Kacau dan tutup api.

Sesuai dimakan dengan nasi putih atau kalau nak ambil feel raya, bolehlah dinikmati dengan nasi impit. Resipi ini menggantikan santan dengan susu, selamat mencuba!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI