Resipi Rendang Daging Raya PKP, Rempah Buat Sendiri, Sedapnya Menjilat Jari!

Share

Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi pasti membuatkan ibu sibuk dengan mempersiapkan segala jenis bahan untuk memasak. Rendang antara menu wajib yang pastinya tersedia enak di pagi raya.

Tercari-cari menu rendang, resipi Rendang Daging Raya PKP mudah yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ini memang terbaik. Rempah ratusnya mudah dan senang disediakan. Jom cuba!


Rendang Daging Raya PKP. Dijamin sedap menjilat jari.

Bahan dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
3 batang serai

Bahan lain:-
500grm daging lembu
1/2 kotak santan
5 sudu cili kisar
1 biji bawang besar dipotong halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
Asam keping

Biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai dulu bagi naik bau. Sepatutnya jintan tu jenis biji, kat rumah tak ada jadi saya guna je yang serbuk. Lepas sangai, masuk dalam lesung batu dan tumbuk.

Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ni la tips rendang lagi sedap. Minyak tu banyak pun takpa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak.

Masuk bahan blend dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Bahan kisar tu nak blend dengan cili kering sekali jalan pun boleh.

Dah pecah minyak, masuk daging. Daging boleh je nak rebus dulu untuk elak liat. Tak rebus pun takpa.

Masuk rempah yang ditumbuk. Kacau sebati.

Masuk daun limau purut. Nak bagi bau lagi umphh, ramas sikit daun limau purut tu. Letak asam keping. Guna la 2 dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi.

Daging dah lembut, masuk santan. Kacau sama rata.

Masuk pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau biar mesra.

Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa.

Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus. Siap!

Menarik: Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak, Hanya Uli & Sagat!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM