Hari Raya Haji dan Korban yang tinggal beberapa hari saja lagi sudah pastinya tetap diraikan kita walau hanya berada di rumah sahaja. Bosan dengan rendang ayam dan daging, ubah kelainan kita dengan rendang kerang pula yang cukup sedap.
Resipi padu perkongsian Pn Noor Ashilla ni mama wajib cuba. Barulah sedap makan dengan ketupat di pagi raya. Sedap sungguh!
Rendang kerang cicah pulut pocong. Selamat Hari Raya. Resepi Rendang kerang terketaq-ketaq nak makan.
Bahan-bahan:
Bawang besaq 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Lengkuas besar ibu jari
Kunyit hidup 3 ibu jari
Serai
Halia besar ibu jari
Cabai kering agak-agak -nak pedas boh banyak
Blender semua lepastu tumis sampai pecah minyak.
Letak asam keping.
Kalau rasa asam keping tak berapa masam letak lagi.
Masukkan air asam jawa.
Dah mendidih pecah minyak, boh kerisik 1 sudu besar.
Agak-agak kerisik dah sebati, masuk santan, api pelan. Sentiasa kacau.
Dah pecah minyak masuk isi kerang dengan daun kunyit.
Garam jangan lupa!
Menarik: Resipi Rendang Daging Power, Juadah Untuk Hari Raya, Memang Superb & Sedap
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)