Kalau anak anda jenis cerewet makan nasi, boleh cuba resipi rice cake yang nampak menyelerakan ini. Paling penting ia mudah disediakan oleh ibu-ibu yang sentiasa sibuk mengejar masa menguruskan pelbagai urusan kerja rumah.

Puan Syuhaidah Ridzwan berkongsikan resipi Rice Cake yang dihidangkan untuk anak kecilnya. Paling best dalam rice cake ini anda boleh tambah pelbagai jenis sayuran dan si kecil yang tak suka makan sayur mesti tak perasan masa makan rice cake ni.

Memang ini satu trik yang bagus untuk dicontohi oleh ibu-ibu yang mempunyai anak cerewet makan nasi dan sayuran. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
Nasi
Ayam (dipotong kecil)
Lobak merah (dihiris halus)
Keju (diparut)
Sebiji telur
Parsley

Cara membuat:

  1. Campur nasi, ayam, lobak merah, telur dan parsley.
  2. Gaul semua sehingga sebati.
  3. Sapu muffin tray dengan butter, kemudian masukkan adunan ke dalam tray. Kalau tak ada muffin tray boleh guna foil mould.
  4. Tabur keju dan bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selsius selama 15-20 minit.

Menu of the day, Rice Cake !

IKLAN

Bahan dan cara boleh rujuk gambar.
Menu ni memang sesuai untuk anak yg susah makan nasi. Sesuai untuk 12 bulan ke atas atau baby yang tidak alah telur & pandai gigit/kunyah.

Resipi Rice Cake Ini Sesuai Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan Nasi

Guna nasi yang sudah dimasak. Bukan beras. Nak ganti pasta pun boleh, rebus dulu sampai masak.

IKLAN

Resipi Rice Cake Ini Sesuai Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan Nasi

Boleh tambah atau tukar sayuran pilihan yang lain. Nak ltk broccoli ke butternut squash ke zucchini ke terpulang. Cuma saya lebih suka pakai sayur yg murah dan senang nak dapat. Jgn push diri untuk pakai bahan mentah yg mungkin susah dapat kat sesetengah kawasan atau harga terlalu mahal berbanding sayuran tempatan biasa

 

IKLAN

Nak tukar ayam ke daging pun boleh. Nak letak salmon pun boleh terpulang kepada mommies semua.

Resipi Rice Cake Ini Sesuai Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan Nasi

Kalau pakai bekas foil mcm saya, tak perlu grease butter pun ok. Takkan melekat. Kalau pakai muffin baking tray tu sapu la sikit takut melekat. Atau butter tu boleh gaul sekali dalam adunan.

Saya pakai Bega Cheese.

Sumber: Syuhaidah Ridzwan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI