Jika anda mencari satu menu yang ringkas, mudah dan paling cepat di masak, Roti Benggali ini patut anda cuba sebagai hidangan sekeluarga. Anak-anak cukup suka dan pastinya tak cukup makan satu sahaja. Bertambah-tambah!

Resipi Roti Benggali yang dikongsikan oleh Husna Azlan ini cukup unik kerana menggunakan roti burger yang digabungkan bersama inti telur dengan serbuk kari. Cukup sedap! Paling menarik nak buatnya cukup pantas!


RESIPI ROTI BENGGALI MUDAH DAN SEDAP.

Roti ni anak anak suka. Buat sepeket tu tak cukup. Sorang 2 3 makan. Ralit sungguh makan roti ni. Resipi turun temurun. Dari umi Hus lagi buat. Suka sungguh makan. Sampai berebut rebut dulu tak cukup 😂. Jom cikedaout resipi. Mudah je.

Bahan bahan:
Roti burger – ikut ler jenama apa
Telur 5 biji
Rempah kari 2 3 sudu
Bawang merah 3 4 biji
Bawang putih 1 ulas
Garam gula perasa

Potong roti jadi 2 bahagian. Buat lubang kat tengah.

Buat inti dalam roti dulu. Panaskan minyak sikit, bawang yang dimayang goreng sekejap,letak rempah kari ikan, dan letak telur 3biji terus kacau. Letak semua bahan perasa gula dan garam.

IKLAN

 

Dah siap inti, letak dalam mangkuk. Isikan roti dengan inti, boleh letak banyak dan sikit.

Panaskan kuali pan dengan minyak sedikit. Celupkan roti dengan telur yang dah diletak garam sedikit.

Goreng roti, dah masak boleh angkat. Tak perlu lama lama. Sekejap je masaknya.

 

Dah boleh ulang sampai habis kesemuanya. Sarapan ni paling jimat masa dan mudah.

Selamat mencuba!


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

 

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Wajib cuba: Rahsia Ayam Goreng Kekal Rangup Tapi Isi Lembut, Penuh Rasa Perapan, Anak Berebut!