Resipi Roti Canai Homemade, Boleh Buat Sarapan & Minum Petang Untuk Anak-anak
Roti canai telah mendapat penganugerahan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas. Sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.
Selalu kita makan roti canai di kedai, apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, anda pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga. Roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal, kari dan sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
Ads
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
Ads
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Kalau sebelum ni, kita buat tauhu bergedil ini kita ganti dengan kulit popia. Rangup kulit popia rasa inti daging memang puas bila makan. Kalau cicah sambal kicap pun sedap kan. Jom cuba resipi ni!
Makanan yang ringkas pun sebenarnya mengenyangkan. Nak dibuat pun mudah, rasa pun sedap. Murtabak mi segera juga sesuai dibuat untuk seisi keluarga. Anak-anak juga pasti akan sukakan rasanya.
Eniza M.Salim telah berkongsi resipi mudah untuk membuat murtabak mi segera dan boleh dimasak di dalam air fryer sahaja.
Murtabak Maggi.. bakar guna AF. Mudah dan cepat
RESEPI MURTABAK MAGGI (Airfryer)
👇 Bahan-bahan: 1 paket maggi perisa kari 4 biji telur 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 batang sosej (rebus skejap) 1 keping daging burger(rebus) Sedikit hirisan kobis Sedikit hirisan cili Sedikit potongan daun bawang Garam jika perlu/maggi secukup rasa 2 keping keju
Cara penyediaan: 1. Pecahkan 4 biji telur kedalam besen. Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air, kacau sebati. Masukkan hirisan sosej, daging burger (yang telah direbus terlebih dahulu dan dicincang kecil), kobis, bawang, daun bawang dan cili. Perasakan dengan secubit garam. 2. Rebus mee maggi sampai lembut (toskan airnya). 3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan-bahan tadi, kacau sampai sebati. 4. Sediakan cup acuan dan masukkan bancuhan maggi tadi ke dalam cup acuan. Ambil 2 keping keju dan dipotong kecil dan letak di atasnya. Kemudian masukkan ke dalam airfryer. 5.Bakar suhu 180 darjah selsius, selama 10 minit atau sehingga masak sekata. **(Bergantung pada airfryer masing-masing).
**Bila dah masak,keluarkan dari acuan,sedia utk dihidang.makan bersama sos cili atau bersama bawang jeruk. Resepi ni boleh buat 8-9 bekas. Kalau nak buat banyak, gandakan.
Selamat mencuba 👌
Selain menggunakan sosej, boleh digantikan dengan isi ayam yang telah dicincang. Untuk bayi pula, boleh gantikan mi segera dengan makaroni dan perasakan dengan serbuk cendawan. Resipi ini biarpun ringkas, ia tetap mengenyangkan. Bukan saja sedap dimakan dengan jeruk bawang, boleh juga dinikmati dengan sos cili.
Tidak dinafikan, kek tradisional orang dulu-dulu sememangnya menggamit nostalgia. Teringat kemeriahan kek butter ketika dibakar dan keriuhan anak-anak. Itulah yang paling kita rindukan.
Resipi kek marble butter tradisional ini sememangnya tak pernah menghampakan. Air tangan dan resipi orang lama yang buat kita teringat-ingat. Bagi yang mencuba mengimbau kenangan manis dan menikmati kek marble gebu dan moist seperti dulu, resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini wajib anda cuba. Sedap!
Ika peminat kek butter orang dulu. Betul-betul rasa nostalgia. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Ni resepi mak ika. Dari ika kecik, ni la kek kegemaran ika sekeluarga.
Balik kampung je, mesti ada hidangan kek butter orang lama. Haaaa ni la dia kek butter marble orang lama.
Rasa dan texture dia lain dari kek marble sekarang. Sedap dia tetap di hati. Bila ika masak kek butter ni. Mesti family ika tak sabar nak makan hehe.
Masukkan marjerin dan gula. Kita kacau dia sampai kembang.
Kembang macam ni. Kalau nak kembang lagi, lagi bagus hehe.
Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan butter oil. Tak ada butter oil pun tak apa. Jangan risau. Ni ika saja letak sebab memang ada stok dekat rumah. Lagi pun ika suka letak sebab nak bagi rasa butter tu kuat lagi hehe.
Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum. Kacau rata.
Gaul hingga sekata semuanya. Ika gaul guna sudu je hehe.
Bahagikan 3 warna. Ikut la nak warna apa.
Ika selang seli warna. Nak nampk macam orang lama. Tu yang selang seli macam orang dulu buat hehe.
Haaa akan jadi macam ni. Bakar pada suhu 150 selama sejam. Atau ikut oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.