Makan

Resipi Roti Goreng Lemak Manis, Menu ‘Simple’ Sesuai Untuk Sarapan Atau Minum Petang

Share

Roti goreng lemak manis, menu yang bukan sahaja ‘simple’ tetapi sedap. Sesuai untuk menu sarapan mahupun minum petang, anak-anak pasti menggemarinya kerana rasa lemak-lemak manis.

Mungkin kerana rasanya yang lemak manis membuatkan ia mudah digemari oleh kanak-kanak. Jom kita masak menu mudah ini untuk anak-anak kita di rumah.

Artikel berkaitan: Resipi Roti Pisang Rangup, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap

Roti Nan Homemade Gebu Gebas Ala Restoran Mamak, Senang Sangat Nak Buat

Resipi Roti Goreng Lemak Manis

Bahan-bahan: 

3 biji telur gred A
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng

Menu ‘Simple’ Sesuai Untuk Sarapan Atau Minum Petang

Cara membuat:

1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.

2. Potong roti ikut suka selepas itu celup dalam adunan tadi.

3. Bila minyak sudah panas, gorenglah roti sehingga habis. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Ratna Sari Zain 

Baca lagi: Roti Cheesy Balut Telur Hanya Guna 3 Bahan, Menu Simple Sarapan Pagi Anak Ke Sekolah

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
Has