Resipi Roti Hamlet Kaya, Tangkap Leleh Bila Makan, 4 Bahan Saja Dah Buat Anak Kenyang!

Share

Bersarapan dengan nasi lemak, aneka mi dan bijirin dengan susu seakan sudah terlalu bosan untuk anak-anak kita. Roti dengan sapuan kaya juga sudah membuatkan anak jemu. Cuba kelainan dengan Roti Hamlet Kaya ini yang cukup menarik sebagai hidangan pagi hari.

Padat dengan inti telurnya buat anak laju makan. Nak buatnya juga cukuplah ringkas ditambah pula dengan bahan yang mudah. Hanya gunakan telur sahaja, cukup mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nani Habib ini.


RESIPI ROTI HAMLET KAYA GAYA SEMUA ORANG

Haa sebab apa semua orang Nani kata!
Nanti kata orang kaya je boleh buat, jadi letak semua orang. Semua boleh buat senang kan. Serious sedap tangkap leleh bila makan. Bila makan tu rasa ala-ala bangsawan taw. Okey jom cekidot barang yang diperlukan.

Bahan yang diperlukan:
Roti Hotdog / Roti Kebab ikut korang
Telur 3 biji
Kaya
Planta / Marjerin

1. Pecahkan 3 biji telur kacau sampai hancur dan masukkan garam sedikit saja. Letak tepi dulu.

2. Ambil 2 keping roti hotdog belah tengah dan sapukan planta atau marjerin. Mana yang ada dekat dapur tu guna ja ok.

3. Ambil nonstick pan panaskan kemudian bakar roti hotdog sampai garing dan lembut. Angkat letak tepi.

4. Ambil telur yang dah di kacau tadi tuangkan dalam pan sampai separuh masak, kemudian ambil roti hotdog yang bakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur yang mewah.

5. Dah masak terbalikkan dan angkat letak dalam pinggan. Time nila yang best.

6. Sapukan seberapa banyak kaya yang korang nak. Lagi banyak lagii sedap. Potonglah ikut besar mulut korang atau boleh je makan seketul roti tu. Hikhik

Siap! Senang kan.

Wajib korang cuba. Mudah simple anak beranak pasti suka. Oppss jangan lepas ni roti hotdog plak habis yer time pkpb ni.

Artikel berkaitan: Roti Bakar Pisang, Cukup Rangup Dan Rasa Lemak Lemak Manis, Tak Cukup Makan Satu

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM