Satu hal yang sentiasa menjadi masalah bagi kita adalah menyukat sukatan air ketika membuat roti jala. Jangan risau kerana resipi yang dikongsikan oleh Azwa Mokhtar ini cukup lembut dan sukatannya standard. Jadi pastinya tak ada isi terlembut atau terkeras.
Menariknya bancuhan tepung yang dikongsikannya hanya menggunakan blender sahaja. Cukup mudah. Adunan pun pastinya lebih sebati dan tidak berketul-ketul. Jom ikuti caranya. Memang superb!
Assalamualaikum. Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala. Kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yang standard. Tak ada la kejap cair kejap pekat adunan kita.
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
Ads
Satukan semua bahan, gaulkan sebati.
Ads
Blender sampai halus (dengan sukatan air). Kalau tak nanti ada yang tersumbat di acuan.
Panaskan kuali leper dan mulalah menjala.
Ads
Dah siap! Kalau disusun bekas 10×10 ini dapat 81 keping. 9 baris x 9.
Sebut je tart nanas, pasti semua membayangkan rasanya yang gebu dan cair di mulut bila mengunyahnya.
Ditambah pula dengan inti nanasnya yang masam manis, tak sedar boleh habis sebalang.
Mungkin bagi yang ada anak-anak kecil, biskut ni kurang digemari. Maklumlah anak-anak ni kalau berasaskan coklat itu yang akan dituju dulu.
Bila anak dah boleh makan memang mak-mak makin excited nak bagi anak makan macam-macam. Tapi kalau boleh tentulah nak bagi makanan homemade yang lebih sihat dan diyakini bahannya kan?
Apa kata cuba resepi biskut baby 3 bahan paling mudah ni yang dikongsikan oleh ibu ini.
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT
Harini tengku nak share 1 resepi homemade teething biscuit for baby. Resepi simple dan tahan lama.
Resepi ni dah lama tengku simpan. Dah tak ingat siapa ownernya. Semoga pahala mengalir kepada tuan asal.
BISKUT BAYI CAIR DIMULUT
Bahan-bahan:
Unsalted butter setengah cup
Tepung jagung 1 cup
Tepung atta setengah cup
Sedikit susu formula atau bijirin bayi.
Fresh milk @ ebm
Cara-cara:
1.Pukul butter hingga kembang (hingga lembut )
2. Masukkan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan bijirin bayi. (guna oat pun boleh)
3. Uli tepung. Agak2 adunan dah ok. Macam kita buat biskut raya tu. Rehatkan dalam peti sejuk 30 minit
4. Bentukkan dan bakar 10-15 minit
Biskut ni sedap cuma tak manis. Kalau mommy nak kasi manis boleh tambah puree kurma atau puree labu dalam adunan..so ada rasa sweet-sweet sikit.
Untuk baby yang tak pandai control cara makan lagi boleh basahkan biskut ni dengan air panas. Hancurkan dan boleh suap baby macam biasa.
Yang penting selamat dan bebas dari bahan yang tak sepatutnya. Boleh buat banyak-banyak dah.
Apabila anak sudah masuk usia 7 bulan, anda boleh pelbagaikan menu makanan untuk si manja. Jika sebelum ini anda menggunakan ‘4 days wait rule’ ketika bayi berusia 6 bulan dan tiada sebarang alahan makanan pada si manja, jadi anda boleh lebih kreatif dalam menyediakan menu buat anak.
Jom mama papa pelbagaikan menu untuk si manja dengan resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
Anak 7 bulan dah boleh makan bertumis & berempah. Biasa akan masakkan lauk untuk dia 3@4 hari sekali pastu frozenkan dalam bekas kecil-kecil. Nanti boleh rotate lauk sebelum ni takda la makan yang sama hari-hari.
Semua yang saya masak ni saya blander. Baby lom ada gigi lagi & ikut dengan kesesuaian usia 😊
Menu baby #7months saya 😊
FISH FILLET SWEET SOUR
Bahan-bahan:
Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato ceri
Cauliflower
Brokoli
Carrot*(potong dadu)
Daun sup*(racik)
Unsalted butter
Cara:
-Blander bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri
-Panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender
-Tumis sehingga naik bau dan bebetul masak, kemudian masukkan carrot dan air sikit.
-Carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau2 bagi sayur masak. Siap
CHICKEN BUTTERMILK
Bahan:
Isi ayam*(goreng)
Bawang putih*(cincang)
Bayam
Kacang peas
Carrot
Unsalted butter
Formula milk
Cara Penyediaan:
-Panaskan 2sudu unsalted butter & masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam
-Bancuh FM dgn 1/2cwn air & masukkan dlm bahan tumis td.
-Bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api. Siap
CHICKEN SOUP
Bahan:
Isi ayam
Bawang besar
Bawang putih
Sawi
Kacang peas
Carrot
Cauliflower
Daun sup*(racik)
Olive oil/ minyak masak
Cara Penyediaan:
-Panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak.
-Last masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Tutup api. Siap
IKAN MASAK HALIA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
Bawang besar *mayang
Bawang putih *mayang
Halia *potong halus memanjang
Carrot * potong halus memanjang
Olive oil/ minyak masak
Cara Penyediaan:
-Panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan sedikit air (ikut nak kuah byk mana). Agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot. Masak sehingga ikan masak sempuna 😊 Siap
SUP SAYUR
Bahan-bahan:
Isi ayam
Bawang putih*(ketuk)
Serbuk lada putih
Kubis
Brokoli
Carrot
Sweet potato
Cara Penyediaan:
-Renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dgn 2cawan air.
-Bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot.
-Last masukkan kubis & brokoli. Tutup api. Siap
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.