Satu-satunya resipi wajib ketika di bulan Ramadan pastinya Roti John yang membuatkan waktu berbuka jadi lebih bermakna. Tak sah tanpa menikmati roti john yang penuh dengan inti.
Resipi Roti John Cheese Inti Lebih yang dikongsikan oleh Pn Iza Abu Bakar ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, bahan simple tetapi rasa padu dengan inti yang berlimpah-ruah. Pasti puas makan.
Setiap kali Ramadhan mesti famous sangat Roti John ni. Anak anak pun suka makan. Daripada nak beratur panjang membeli roti John ni, lebih baik kita buat je sendiri kan. Haa, jom kita buat.
BAHAN BAHAN
4 biji telur (dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dipotong dadu)
Roti panjang (dibelah 2)
Kobis (dihiris nipis)
Kepingan cheese
Mayonis
Sos cili
Ayam cincang/daging cincang
Garam secukupnya
Minyak masak
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
2. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
3. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
4. Potong roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye.
5. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
6. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
7. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
8. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
9. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat.
10. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong la roti pada beberapa bahagian. Dah siappp.
Selamat mencuba ye!
Artikel menarik: https://www.majalahpama.my/cabaran-rm10-sspn-x-pama/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI