Resipi Roti John Guna Terung, Lagi Sedap & Sihat, Nak Diet Pun Boleh!

Share

Jika ibu mahu berdiet tetapi masih mahu mengekalkan rasa sedap lauk pauk sama seperti yang dimakan bersama nasi, Terung John ini boleh mama cuba.

Bukan roti john biasa tetapi roti digantikan dengan terung yang lebih berkhasiat dan sedap. Nak buat pun senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noorul Izzah Marzuki.

 


Nak share resepi roti john guna bun terung / Terung John, juga untuk peminat terung terutama yang nak diet/makan rendah karbo.

Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg.

Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah.

Resepi Terung John:
Bahan:
1 biji terung panjang (potong memanjang)
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya
Serbuk black pepper
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis

Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.

Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.

Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.

Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.

Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.

Selamat mencuba!

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM