Roti John antara makanan yang pasti dicari di bazar Ramadan pada bulan puasa. Kebiasaanya roti ini akan dijual doi bazar Ramadan ataupun pasar malam sahaja.
Baca: Resipi Nasi Butter Ala KFC, Kalau Buat Confirm Suami & Anak Jilat Jari!
Rasanya seperti kebab tetapi dalam bentuk yang panjang. Makanan ini sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat.
Cara penyediaanya Roti John homemade sangat mudah. Jom ikuti resipi ini.
RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
Bawang merah,cili merah, cili api
2-3biji telur
Planta
Sos cili
Mayonis
Thousand island
Sayuran : timun, kubis
Sedikit garam
CARA-CARANYA
1) Satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.
2) Sapu roti dgn planta . Ketepikan.
3) Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan dging tadi dan biarkan daging tu sampai masak.
Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
4) Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong, mudah kan?
Sedapnya! Boleh makan untuk berbuka dan sahur juga. Mesti kenyang dan anak-anak suka kan? Selamat mencuba.
Baca: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad