Resipi Roti Keju Simple, Manis & Pedas Bergabung, Sekali Letak, Anak-Anak Berebut!

Share

Baki roti yang tak habis jangan dibuang begitu sahaja. Elakkan pembaziran dengan menyediakan kepingan roti keju dengan chicken floss ringkas ini yang pastinya buat anak makan berebut.

Mana tidaknya, bukan hanya manis dan berlemak bahkan kepedasan chicken floss yang tidak keterlaluan buat roti keju ini jadi super sedap. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Umi Watie ini.


Hai supermak semua. Ada baki roti yang tak habis? Jangan risau ye, kita olah supaya tak membazir. Kak chik buat untuk sarapan dan minum petang anak-anak. Mudah, ringkas tapi sedap. Ala-ala roti di cafe terkenal. Jom kita start.

Roti keping
Kepingan keju
Chicken floss
1 sb susu manis
Telur
1 sb mayonis
Bijan untuk hiasan

Campurkan mayonis dengan susu pekat manis.

Kuning telur campurkan dengan susu manis.

Potong tepi roti keping dan sapukan campuran mayonis dan susu manis rata.

Kemudian susun kepingan cheese atas roti macam ni.

Bubuh 1 keping lagi atas kepingan cheese tadi. Potong 4 tau.

Bubuh kepingan cheese lagi. Lalu sapukan adunan kuning telur dan susu manis tadi.

Susun atas tray pembakar. Nak pakai air fryer pun boleh. Kakchik bubuh bijan sebagai hiasan.

Kakchik bakar 180 selama 10 minit saja.

Sapukan baki mayonis dan susu manis tadi. Celupkan dalam chicken floss.

Tadaaaa. Siap!

Susun susun, sedia untuk di ngap. Manis, manis dan pedas lengkap sudah semua bergabung. Sedap oi. Kami pakat berebut.

Resipi wajib cuba: Inti Kaya Penuh, Sapuan Mentega Tebal, Roti Bakar PKP Ala-ala Old Town 3 Bahan Ni Memang Power

Roti Gulung Sosej Berjejari Simple Je Buat Tapi Rasanya Terbaik

Roti Horns Mini Berinti Isi Ayam Celup Tepung, Resipi Ringkas Gerenti Sedap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM