Waktu makan untuk si kecil antara waktu yang paling ditunggu-tunggu. Pelbagaikan hidangan supaya si kecil tak mudah jemu.
Resipi dikongsi ini sangat mudah disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga sesuai untuk menambah berat badan bayi anda. Jom ikuti resipi ini.
Hi ni first time sy nak share resepi roti puding kastard versi baby.
Resipi Roti Puding Kastard Versi Baby
Bahan A:
2 atau 3 keping roti wholemeal (carik kecik-kecik tau)
Bahan B:
1 sudu unsalted butter (dicairkan)
1biji telur
1/2 susu full cream atau fresh milk
1 biji kurma (buang biji & kulit rendam dalam air panas bagi lembut) (untuk 1 tahun ke bawah) atau 2 sudu makan madu (untuk 2 tahun ke atas)
Cara-cara:
Campur bahan-bahan pukul sampai sebati.
Masuk Bahan B ke dalam Bahan A.
Bakar suhu 150c 15minit (saya guna airfryer)
Bahan C: Sos kastard
1 cawan susu full cream atau fresh milk
1 sudu tepung jagung
1 atau 2biji kurma (step sama macam bahan B )
Cara-cara:
Kacau dalam non stick pan sehingga sebati kemudian kacau atas api yang sederhana sehingga sos menjadi tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair.
#Baby10monthsold
Kredit:Fitrah Yusop
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI